• Samad Said - Janda Setinggan

    Katanya: Derita itu aku. Dirinya cemas diterjah usia dalam kabus belasungkawa, dia tergigau hampir seminggu diancam lipan, angin dan debu yang sama. Desa bahagia, derita.

  • Samad Said - Nikmat

    Segala yang dihasrat, tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat.

  • Samad Said - Ombak

    Ombak yang menjamah kakiku sekali takkan dapat kukenali lagi..

  • Samad Said - Bahasa Terindah

    Sesudah demikian lama dicintai, sukarlah dilupakan. Inti pengalaman, kepedihan; akar kerinduan keresahan… Memang begitu banyak diperlukan kekuatan, kepangkalan batin, rakit ditambatkan bara kenangan dikuatkan .

  • Samad Said - Tetamu Senja

    Kita datang ini satu roh satu jasad, Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat, Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat .

Pages

Ulasan Nasyid - Sebuah Pertemuan 2.0 Oleh ReUNIC


Tajuk: Sebuah Pertemuan 2.0
Artis: ReUNIC
Tahun: 2022
Lagu: Abai Os 
Lirik: Atie 

Ulasan: 

Lagu ini berkenaan dengan sahabat yang selalu mengingatkan kita juga memberi semangat agar dapat meneruskan kehidupan ini dengan sebaiknya, kita seharusnya bersyukur kerana telah dikurniakan seorang teman yang banyak membantu dalam kesusahan mahu pun kesenangan, jadi hargailah jasa2nya selama ini. Lagu ini mereka berjaya menyanyikan semula dalam versi & berjaya menggabungkan kesemua ahli yang pernah sertai kumpulan UNIC & ahli2 tetap UNIC. Dari segi penyampaian sangat berbeza dari yang sebelumnya....

Ucapan:

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah...

Tonton video ini di channel youtube....

https://youtu.be/hcjnhG6dUoc

Share:

Ulasan Nasyid - Madinatun Nabi Oleh Munif Hijjaz feat Maliq Suhaimi


Tajuk: Madinatun Nabi
Artis: Munif Hijjaz feat Maliq Suhaimi 
Tahun: 2022 
Lagu: Munif Hijjaz
Lirik: ITO Lara 

Ulasan: 

Lagu ini sememangnya sangat terbaik kerana ia berkenaan dengan kerinduan kita kepada Rasulullah SAW apabila menziarahi Maqam baginda di Madinah Al- Munawwarah, isi2 dalamnya sangat menyentuh hati bila di hayati dengan sebaiknya. Dari segi melodinya pun menarik kerana ia berentak irama padang pasir, cara penyampaian sangat menusuk kalbu bila dengar...

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah...

Tonton video ini di channel youtube....

https://youtu.be/-ZPolWuTF20
Share:

Ulasan Nasyid - Cinta Dari Mu Oleh Izyan


Tajuk: Cinta Dari Mu
Artis: Izyan 
Tahun: 2022 
Lagu/Lirik: Imtiaz Simfoni

Ulasan: 

Lagu ini berkenaan hamba Allah yang di timpa ujian dalam kehidupan, lantas dia tersedar bahawa cinta kepada Tuhan adalah cinta yang hakiki. Dari segi penyampaian dalam lagu ini vokal suara semuanya mantap, lirik & melodinya pun terbaik serta dapat di hayati dengan sebaiknya bila dengar banyak kali.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah...

Tonton video ini di channel youtube...

https://youtu.be/g2aD1tWglfg
Share:

Ulasan Nasyid - Demi Kebenaran Oleh Byhaq


Tajuk: Demi Kebenaran
Artis: Byhaq
Tahun: 2017 
Lagu: Firdaus Sahiddin
Lirik: Asri Ed-Diwanie & Firdaus Sahiddin

Ulasan

Lagu Demi Kebenaran merupakan sebuah lagu yang menegaskan tekad para pejuang bagi membanteras segala kejahatan & kezaliman yang dilakukan oleh masyarakat di negara ini, untuk penyelesaian masalah di negara ini islamlah yang perlu di utamakan. Dari segi lontaran vokal suara dalam lagu ini sangat tegas & cara penyampaian memang terbaik, lirik & lagu pun mantap...

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah....

Dengarkan lagu ini di channel youtube...

https://youtu.be/5pRyzLM840Y
Share:

Ulasan Nasyid - Tangisan Yang Tak Didengar Oleh Byhaq


Tajuk: Tangisan Yang Tak Didengar
Artis: Byhaq 
Tahun: 2022 
Lagu/Lirik: Shahir 

Ulasan: 

Lagu ini khas di tujukan buat mangsa2 kekejaman di Syria yang mana mereka sering menjadi mangsa, mereka perlukan bantuan serta sokongan dari semua agar dapat membantu darisegala aspek. Dari segi lirik & lagu sangat terbaik, manakala paduan suara dalam lagu ini pun mantap semuanya...

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah....

Tonton video ini di channel youtube...

https://youtu.be/yNP5eSZsPH0
Share:

Ulasan Nasyid - Terima Kasih Negaraku Oleh Soutul Amal, Wildan, Saff One & NotOut

 
Tajuk: Terima Kasih Negaraku
Artis: Soutul Amal, Wildan, Saff One & NotOut
Tahun: 2022 
Lagu: Qaleed Saff One
Lirik: Firdaus Sahiddin

Ulasan: 

Lagu ini berkenaan dengan penghargaan & kecintaan kita kepada tanah air Malaysia, ia mengajar kita erti syukur & berterima kasih di atas segala yang telah di lakukan demi keamanan negara tercinta. Dari segi paduan suara gabungan 3 kumpulan memang tak di nafikan sangat mantap, di serikan pula dengan rap oleh "NotOut" akan bertambah mantap lagi & muzik pada lagu ini juga membuatkan lagi semangat nak dengar....

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah..

Tonton video ini di channel youtube

https://youtu.be/1bIunbuM9h0

Share:

Ulasan Nasyid - Bangga Oleh R-IF feat Najib Hashim


Tajuk: Bangga
Artis: R-IF feat Najib Hashim 
Tahun: 2022
Lagu: Mujahid Abdul Wahab 
Lirik: Zuraimi & Dafrosty

Ulasan: 

Lagu ini berkenaan dengan kehidupan malhluk di dunia ini yang mana ia mengajak kita untuk menginsafi diri bahawa kita hanyalah insan biasa di sini & janganlah kita berasa bangga dengan apa yang ada di dunia ini. Lagu ini asalnya berjudul permata Hidup & pernah di nyanyikan oleh kumpulan Suara SMAKL dalam album Jendela Hati pada tahun 1993, akhirnya berjaya di beri nafas baru & muIk yang baru. Dari segi vokal paduan suara dalam lagu ini sememangnya mantap & terbaik..

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah...

Tonton video ini di channel youtube..

https://youtu.be/Z-ykxwGf3no
Share:

Ulasan Nasyid - Kita Adalah Satu Oleh Inteam, Ikhwan Fatanna, Aniq Muhai, Syamel, Dr. Fitri Haris, The Helmis & Adeep Nahar


Tajuk: Kita Adalah Satu
Artis: Inteam, Ikhwan Fatanna, Aniq Muhai, Syamel, The Helmis, Dr. Fitri Haris & Adeep Nahar 
Tahun: 2022
Lagu/Lirik: Ikhwan Fatanna & Wan Salleh

Ulasan: 

Lagu ini berkenaan penyatuan ummah dalam membantu mangsa2 kekejaman musuh Islam, ia mengajak kita semua terus bersatu hati berganding bahu tanpa mengira apa jua. Dari segi paduan suara bila di gabungkan memang mantap, lagu & lirik pun terbaik...

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini & teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat amin ya Allah...

Tonton video ini di channel youtube

https://youtu.be/ib4gGHTlFZI
Share:

Ulasan Nasyid - Hanya Dia Oleh Izmir Fareez


Tajuk: Hanya Dia
Artis: Izmir Fareez
Tahun: 2017
Lagu: Akmalul Azmi
Lirik: Izmir Fareez

Ulasan: 

Lagu ini berkenaan dengan Tuhan Yang Maha Esa yang patut kita cintai kerana dialah yang menciptakan segalanya di atas muka bumi ini, dialah yang maha sempurna yang menghidupkan & mematikan. Dari segi vokal dalam lagu ini juga sangat terbaik, manakala liriknya pula dapat di hayati dengan sebaiknya. Ini adalah single pertama ketika kemunculan beliau dalam industri nasyid.

Ucapan: 

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan sampai ke akhir hayat amin ya Allah...

Tonton video ini di channel youtube..

https://youtu.be/zdAjj5-4pTY
Share:

Ulasan Nasyid - Kembali Oleh Izmir Fareez


Tajuk: Kembali
Artis: Izmir Fareez 
Tahun: 2018
Lagu: Akmalul Azmi
Lirik: Izmir Fareez

Ulasan: 

Lagu ini berkekalan seorang hamba yang jauh dari persimpangan tanpa arah tujuan, akhirnya dia mencari jalan yang benar setelah ia tahu banyak bersalah & berdosa kepada Tuhan. Dari segi vokal untuk lagu ini sangat terbaik, manakala liriknya pula dapat di hayati dengan sebaiknya.

Ucapan

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini..

Tonton video ini di channel youtube.

https://youtu.be/OLFC2zKez_s
Share:

Ulasan Nasyid - Maaf Oleh Izmir Fareez


Tajuk: Maaf
Artis: Izmir Fareez
Tahun: 2022
Lagu: Akmalul Azmi 
Lirik: Izmir Fareez 

Ulasan: 

Lagu ini berkenaan dengan pasangan yang sudah berkahwin, namun segala ujian terjadi pada mereka iaitu sebuah cinta yang di inginkan, akan tetapi tak berhasil kerana cintanya tak di hargai & tak di pedulikan sehingga sampai masa kekasih hatinya pergi buat selamanya & si dia akhirnya kesal dengan apa yang di lakukan. Pengalaman, hargailah cinta sesama suami isteri selepas di ijab kabul kerana itulah cinta yang halal sampai ke syurga...

Dari segi lontaran yang di sampaikan dalam lagu ini sangatlah mantap, liriknya pun dapat di hayati dengan sebaiknya..

Ucapan: 

Tahniah diucapkan buat semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini...

Tonton video ini di channel youtube...

https://youtu.be/wkWz7h9WqSI
Share:

Ulasan Nasyid - Teristimewa Oleh Citrawi

 
Tajuk: Teristimewa
Artis: Citrawi
Tahun: 2021
Lagu: Huzaimi Zaini & Hisyam El Harith
Lirik: Huzaimi Zaini 

Ulasan: 

Lagu ini khas untuk junjungan besar nabi Muhammad SAW yang telah lama meninggalkan kita semua di dunia ini, dari segi lagu & vokal sangat mantap & padu, susunan lirik pun terbaik bila di hayati dengan sebaiknya.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini

Tonton video ini di channel youtube. 

https://youtu.be/YDRxlQv-lrQ

Al-Fatihah buat salah seorang ahli kumpulan ini iaitu Saudara Hazrat, moga rohnya dicucuri rahmat serta di tempatkan di kalangan orang yang beriman, amin ya Allah.
Share:

Ulasan Nasyid- Cahaya Cinta Oleh Syamsul Aidil


Tajuk: Cahaya Cinta
Artis: Syamsul Aidil 
Tahun: 2021
Lagu/Lirik: Fery Mardiansyah, Nuril Annissa, Almarhumah Dhaivina Mazas 

Ulasan: 

Lagu ini berkenaan dengan cinta kita kepada Allah & Rasul dengan mengikuti segala suruhan dan menjauhi segala larangannya, artis asal yang menyanyikan lagu ini iaitu dari kumpulan Lamda (artis Indonesia). Dari segi vokal yang di sampaikan oleh Saudara Syamsul sangat mantap & dapat di hayati dengan sebaiknya...

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini...

Tonton video ini di channel youtube...

https://youtu.be/saClLSl8bVQ
Share:

Ulasan Nasyid - Hari Raya Kita Oleh Cahaya Hati feat Seedrain

 

ULASAN LAGU NASYID

Tajuk: Hari Raya Kita
Artis: Cahaya Hati feat Seedrain 
Tahun: 2022
Lagu/Lirik: MJ Seedrain 

Ulasan: 

Lagu ini bertemakan hari raya, ia mengajak kita untuk memeriahkan suasana di hari kemenangan selepas kita berpuasa di bulan Ramadhan selama sebulan. Dari segi lirik serta lagu sangat2 mantap serta tak pernah mengecewakan.

Ucapan

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman video lagu ini & teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat amin ya Allah

Tonton video official lagu ini di channel youtube

https://youtu.be/Y3MPf8cCSTM
Share:

Dengarkan

Nasheed Request

Visitor

Contact

For more information please e-mail nasyidfm.iradio(a)gmail.com

Pengikut