Tajuk: Permata Hijjaz
Artis: Hijjaz
Tahun: 2010
Cover Album:
Cover album sangat menarik, depan album dah nampak ahli2 Hijjaz di situ dengan tempat yang menarik, manakala liriknya pula di buat dalam bentuk buku supaya mudah untuk di lihat, dalam buku lirik ade lirik lagu yang di susun secara teratur, ucapan penghargaan dari setiap ahli kumpulan & di sebalik tabir pun ada bersama. Warna pula sangat menarik, kesemuanya menggunakan warna warni. Manakala muziknya pula untuk keseluruhan lagu kesemuanya di selitkan orkestra di situ.
Ulasan:
Gurindam Berkasih
Lagu: Kamal Halim
Lirik: Ahmad Fedtri Yahya
Sebuah lagu yang berbentuk nasihat serta pesanan untuk kita semua agar sentiasa mengekalkan rasa berkasih sayang sesama kita. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu & lirik sangat berguna jika kita faham betul2.
Embun Hidayah
Lagu: Putra Aiman
Lirik: Pahrol Md Juoi
Lagu ini berkenaan dengan kehidupan manusia di muka bumi ini, ia mengajak kita untuk bersatu tak kira apa jua bangsa, warna kulit & yang pasti hidayah yang di berikan oleh Allah itu perlu kita pegang sampai bila2. Dari segi penyampaian sangat terbaik, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya.
Satu Amanah
Lagu/Lirik: Faizal Os
Lagu ini pula berkenaan dengan amanah yang di berikan oleh Allah SWT kepada hambanya di muka bumi ini agar dapat di gunakan dengan sebaiknya. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya.
Syukur PadaMu
Lagu: Isman Isam
Lirik: Luqman S
Sebuah lagu yang agak rancak, liriknya di mulakan dengan pujian kepadaNya di atas kurniaan kepada kita, banyak rintangan yang perlu kita lalui dalam kehidupan ini. Dari segi penyampaian sangat bersemangat bila dengar, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya.
Ratu Nil (Yukabit)
Lagu: Munif Ahmad
Lirik: Atie
Sebuah lagu berkenaan dengan seorang wanita yang berani dalam menelamatkan seorang bayi lelaki dari di siksa oleh insan yang sangat zalim. Seperti yang kita ketahui ratu sungai Nil yang di maksudkan iaitu Asiah yang banyak berkorban & bayi kecil yang di maksudkan iaitu Nabi Musa AS. Salah satu sejarah dalam lagu ini yang perlu kita hayati dengan sebaiknya. Dari segi penyampaian sangat mantap.
Neraca Diri
Lagu: Ariffin Rahim
Lirik: Habsah Hassan
Lagu ini berkenaan dengan apa yang kita rasa dalam meniti perjalanan dalam kehidupan walaupun apa jua yang berlaku. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya.
Ala Baladi
Lagu/Lirik: Copyright Control
Sebuah lagu yang dapat bahasa arab ni menceritakan dengan sungai Nil yang menjadi kebanggaan orang2 di sana, lagu ni sebenarnya lagu lama yang pernah di nyanyikan oleh kumpulan Nada Murni suatu ketika dulu. Dari segi penyampaian sangat terbaik & berjaya di beri nafas baru.
Engkau Insan Sempurna
Lagu: Munif Ahmad
Lirik: ITO Lara
Sebuah lagu yang sangat menarik, ia berkenaan dengan insan yang paling sempurna iaitu Rasulullah SAW, manakala kita sebagai umatnya yang perlu mengingatinya dengan berselawat ke atasnya. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya.
Kekasih Agung
Lagu/Lirik: Copyright Control
Lagu ini juga berkenaan dengan kisah baginda Rasulullah SAW yang perlu kita ketahui, banyak kisah sejarah Islam yang perlu kita ambil sebagai contoh. Rentak lagu ni kalau siapa perasan ia di ambil dari lagu Cinta Agung oleh Qathrunnada. Lagu ini juga sebuah lagu lama sebenarnya. Dari segi penyampaian sangat terbaik, lagu & lirik juga sangat menarik.
Iman Islam Ehsan
Lagu: Isman Isam
Lirik: ITO Lara
Sebuah lagu yang mana liriknya berkenaan dengan kehidupan kita sebagai umat Islam, wajib berpegang kepada apa yang telah di tetapkan selepas mengucap 2 kalimah syahadah. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu pun agak rancak, liriknya dapat di hayati dengan sebaiknya.
Kalimah Utama
Lagu: Dakmie
Lirik: Zalikamari
Sebuah lagu berkenaan dengan kalimah syahadah yang telah di lafazkan dari kita semua sebagai umat Islam di atas muka bumi ini. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu & lirik sangat terbaik, dapat di hayati dengan sebaiknya.
Ucapan:
Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman album ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah