• Samad Said - Janda Setinggan

    Katanya: Derita itu aku. Dirinya cemas diterjah usia dalam kabus belasungkawa, dia tergigau hampir seminggu diancam lipan, angin dan debu yang sama. Desa bahagia, derita.

  • Samad Said - Nikmat

    Segala yang dihasrat, tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat.

  • Samad Said - Ombak

    Ombak yang menjamah kakiku sekali takkan dapat kukenali lagi..

  • Samad Said - Bahasa Terindah

    Sesudah demikian lama dicintai, sukarlah dilupakan. Inti pengalaman, kepedihan; akar kerinduan keresahan… Memang begitu banyak diperlukan kekuatan, kepangkalan batin, rakit ditambatkan bara kenangan dikuatkan .

  • Samad Said - Tetamu Senja

    Kita datang ini satu roh satu jasad, Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat, Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat .

Pages

Ulasan Nasyid - Selawat Mahabbah Oleh Division, Intisor Shoutul Iman, Citrawi R-IF & Energy


Tajuk: Selawat Mahabbah 
Artis: Division, Intisor, Shoutul Iman, Citrawi, R-IF & Energy 
Tahun: 2026 
Lagu: Ustaz Zoul
Lirik: Ustaz Zoul 

Ulasan: 

Seperti yang kita ketahui setiap tahun, setiap bulan pastinya ada karya2 nasyid terbaru yang berjaya di terbitkan termasuklah lagu Selawat Mahabbah yang di lancarkan secara official pada 30 Julai 2026.

Lagu ini berkenaan kecintaan kita kepada baginda nabi Muhammad SAW yang banyak berjasa kepada ummat, dalam lirik lagu ini mengajak kita untuk sama2 berselawat kepadanya tak kira di mana jua.

Dari segi penyampaian sangat mantap dengan gabungan 6 kumpulan nasyid yang sangat hebat, di selitkan juga dengan qasidah, lirik yang agak simple & orang mudah faham serta dapat menghafalnya, official videonya pun hebat juga, tiada yang kurang.

Ucapan: 

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu serta video official lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel YouTube 

https://youtu.be/1cTv9KZA6J0?si=CjdS-oDT4mQZGoK7
Share:

Ulasan Nasyid - Cinta Rasul Oleh Hafiz Hamidun


Tajuk: Cinta Rasul 
Artis: Hafiz Hamidun 
Tahun: 2026
Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun 

Ulasan: 

Seperti yang kita ketahui Hafiz Hamidun juga tak kurang hebatnya kerana banyak lagu2 serta liik yang di hasilkan olehnya, banyak karya2 beliau yang sangat terbaik.

Kali ini nak ulas berkenaan dengan lagu Cinta Rasul,  lirik lagu ini mengajak kita semua untuk mengenali & wajib kita ketahui nama2 25 Rasul dari nabi Adam hingga Muhammad yang di utuskan oleh Allah SWT kepada kita semua di atas muka bumi ini.

Dari segi penyampaian sangat terbaik, lagu ini juga sesuai untuk semua bila mendengarnya, lagunya sangat santai & dapat di hayati dengan sebaiknya.

Ucapan: 

Tahniah buat semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video lirik ini di channel YouTube 

https://youtu.be/aCQjGBWi4TU?si=zJvzNEQQBXoz5o74
Share:

Ulasan Nasyid - Iman &:Amal Oleh Zaidan


Tajuk: Iman & Amal 
Artis: Zaidan 
Tahun: 2024
Lagu: Daqmie 
Lirik: Jart Hassan 

Ulasan 

Sepertimana yang kita ketahui kumpulan Zaidan pernah menerbitkan single pertama mereka yang berjudul Selalunya & di muatkan dalam album kompilasi 12 Cinta sekitar tahun 2011, kali ini mereka terbitkan single terbaru berjudul Iman & Amal.

Lirik nasyid ini mengisahkan tentang perjuangan dakwah dan pengorbanan tanpa henti umat akhir zaman bagi meneruskan legasi para nabi untuk membawa manusia mendekati Allah swt. Ia menegaskan tuntutan mujahadah diri dengan mengorbankan harta dan nyawa, didorong oleh kesedaran tentang kehidupan akhirat yang kekal abadi. Fokus utama lirik ini adalah pada usaha dakwah tabligh yang berterusan, bertujuan melahirkan Khaira Ummah demi mencapai keredhaan Allah dan syurgaNya.

Dari segi penyampaian pada lagu ini sangat mantap sekali, lirik dapat di hayati dengan sebaiknya.

Ucapan: 

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel YouTube.

https://youtu.be/fSiqjbvRjQ4?si=PqlSz5tMAArKNLa1
Share:

Ulasan Nasyid - Darjat Oleh Zawfan


Tajuk: Darjat 
Artis: ZAWFAN 
Tahun: 2026
Lagu: Roziman Anggas 
Lirik: Roziman Anggas & Yasir Tarmizi 

Ulasan: 

Sepertimana yang kita ketahui bahawa industri nasyid telah banyak menerbitkan lagu2 baru sebagai hiburan kepada pendengar yang setia dengan irama nasyid juga menantikan karya2 terbaru baik dari artis berkumpulan atau artis solo. 

Kali ini akan di ulas satu lagu terbaru dari kumpulan Zawfan yang berjudul Darjat, lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang hidupnya tersasar serta bergelumang dengan dosa, dia cuba mencari jalan keluar dengan memohon keampunan dari Allah agar di ampunkan segala dosanya yang lalu.

Dari segi lirik sangat terbaik, melodi pada lagu ini juga sangat mantap serta di di serikan dengan muzik yang menggunakan alat perkusi sepenuhnya, boleh di katakan lagu ini membawa kita kepada nostalgia nasyid zaman dulu seperti di zaman Nada Murni, The Zikr & sebagainya.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video official ini di channel YouTube

https://youtu.be/uM1M0mbQhI4?si=cXmGQX7jpjG7UA9W
Share:

Ulasan Nasyid - Kekasih Yang Dikasih Oleh Fathi Saleem


Tajuk: Kekasih Yang Dikasih
Artis: Fathi Saleem 
Tahun: 2024
Lagu/Lirik: Faizal Hijjaz 

Ulasan 

Lagu ke 2 dari Fathi Saleem berkenaan dengan cinta & kasih kita kepada baginda Rasulullah SAW yang kita rindui selama ini, banyak pengorbanan yang di lakukan demi umatnya, kita hendaklah sentiasa mengingatinya dengan berselawat tanpa henti. Dati segi penyampaian dalam lagu ini semakin menyerlah bakat yang di miliki oleh beliau dalam bidang seni suara, lagu & lirik sangat menyentuh hati serta perasaan bila di hayati dengan sebaiknya. Secara keseluruhannya tidak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel YouTube 

https://youtu.be/loX7TTn0gU4?si=cwCjF7PjKqlu4Vuu
Share:

Ulasan Nasyid - Kembalilah Oleh Fathi Saleem


Tajuk: Kembalilah 
Artis: Fathi Saleem 
Tahun 2023 
Lagu/Lirik: Faizal Hijjaz 

Info: 

Fathi Saleem merupakan anak kepada salah seorang ahli kumpulan Hijjaz iaitu saudara Faizal, bakatnya cukup luar biasa, ini adalah single pertama beliau.

Ulasan: 

Lagu ini berkenaan dengan seorang insan yang lalai & alpa hingga terlupa jalan hingga tersesat tanpa arah tujuan, namun akhirnya dia dia segera memohon kepada Allah agar di tunjukkan jalan yang benar untuk kembali kepadaNya, dalam lirik lagu ini memberi pengajaran kepada kita semua agar sentiasa berwaspada dengan apa yang kita lakukan & sentiasa beringat. Dari segi penyampaian dalam lagu ini sangat mendalam maksudnya, lagu & lirik sangat mantap. Secara keseluruhannya tidak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah 

Tonton video ini di channel YouTube 

https://youtu.be/rczfC0ySQUM?si=szqgpaRVPgV3XVhM
Share:

Ulasan Nasyid - My Love Oleh UNIC


Tajuk: My Love 
Artis: UNIC 
Tahun: 2024
Lagu: Original By Westlife 
Lirik: Bazli UNIC & Myra Mansorz 

Ulasan: 

Lagu ini asalnya di nyanyikan dalam bahasa Inggeris oleh kumpulan Westlife, namun UNIC berjaya membuat perubahan menerusi lirik dalam bahasa Melayu yang mana dalam lirik tersebut menceritakan tentang cinta & rindu kita kepada Rasulullah SAW, biar pun nampak bersahaja dalam menyampaikan lagu ini namun hasilnya tetap mantap, liriknya pun terbaik & dapat di hayati dengan sebaiknya. Secara keseluruhannya tidak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel YouTube 

https://youtu.be/22kfeBplG1U?si=5-tlRv_obkvKImw-
Share:

Ulasan Nasyid - Perjalanan Oleh Putra Aiman & Haikal Iman


Tajuk: Perjalanan 
Artis: Putra Aiman & Haikal Iman 
Lagu: Munif Hijjaz 
Lirik: Ahmad Fedtri Yahya 
Tahun: 2024

Info: 

Siapa yang tak kenal dengan lagenda nasyid tanah air & merupakan vokalis dalam kumpulan Hijjaz iaitu saudara Munif Ahmad yang bakatnya memang tidak asing lagi dalam bidang seni suara serta banyak menghasilkan karya2 nasyid yang menyegarkan. Bakat tersebut di sambung oleh 2 anaknya iaitu Putra Aiman & Haikal Iman menerusi lagu Perjalanan.

Ulasan: 

Lagu Perjalanan ini berkenaan dengan perjuangan manusia dalam meneruskan kehidupan seharian tanpa henti, kita sentiasa mengharapkan agar perjalanan ini tidak terhenti begitu sahaja, ia perlu di teruskan tanpa berputus asa. Dari segi penyampaian sangat terserlah bakat 2 beradik ini, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya. Secara keseluruhannya tidak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat,amin ya Allah 

Tonton video ini di channel YouTube 

https://youtu.be/_UpQcLv8SX8?si=0gYhChcUhOdINopH
Share:

Ulasan Nasyid - Abu Ubaidah Oleh Darwish


Tajuk: Abu Ubaidah 
Artis: Darwish 
Tahun: 2024
Lagu/Lirik: Faiz Darwish 

Ulasan: 

Lagu ini menceritakan tentang seorang pejuang yang ingin mempertahankan bumi Anbiya' iaitu Gaza daripada musuh Islam, sama2 kita doakan moga Allah sentiasa melindunginya. Dari segi lirik sangat terbaik, lagunya pun hebat juga & dari segi penyampaian secara keseluruhan tidak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan pada semua di atas kejayaan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah....

Tonton video lirik lagu ini di channel YouTube

https://youtu.be/pAgan73BbKw?si=u8Jv1B7QO2e7bAib
Share:

Industri Nasyid Semakin Berkembang & Meriah Sepanjang Tahun 2024


Hari ini dah masuk 31 Disember bermakna hari ini jugak hari terakhir bagi tahun 2024, esok kita akan melangkah ke tahun baru, mengharapkan agar di bekalkan dengan azam serta semangat yang baru di tahun 2025....

Di sini mari kita imbas kembali berkenaan dengan kehadiran lagu2 nasyid yang di terbitkan sepanjang tahun 2024...

Seperti yang kita ketahui industri nasyid setiap bulan akan menerbitkan single terbaru bagi menghiburkan pendengar tak kira di corong2 radio atau di platform digital yang di sahkan seperti YouTube music, Spotify, Joox, Deezer & sebagainya, kalau dulu kita seringkali dapatkan album2 mereka dalam bentuk fizikal seperti kaset, CD atau VCD sebagai koleksi dalam simpanan...

Tahun ini juga selain single ada di kalangan artis yang berjaya terbitkan album secara digital antaranya album Inteam, Zikir Hati 2, Qasidah Qalbu, Cahaya Lebaran, Hafiz Hamidun - Haramain....

Setelah di kumpul secara keseluruhan dari awal tahun hingga ke akhir tahun sama ada secara single atau album digital jumlah terbesar setakat ini sebanyak 123 kesemuanya, lagu2 ni boleh di dengar di platform digital yang yang di sebutkan di atas....

Ini dia senarai keseluruhan lagu nasyid sepanjang tahun 2024 & tahniah di ucapkan, moga industri nasyid sentiasa maju ke hadapan, moga Allah memudahkan segala urusan semua.....

------------------

SENARAI LAGU NASYID SEPANJANG TAHUN 2024

1. Akademi Nasyid - Bangkit 
2. Munif Hijjaz - Amalan Ramadan 2024 
3. Inteam feat Khai Bahar - Rabiatul Adawiyah 2024 
4. The Zikr - Antara 2 Cinta 2024
5. The Zikr - Dunia Baru Islam 2024 
6. Hafiz Hamidun - Zamzam 
7. Hafiz Hamidun - Raudah 
8. Firdaus Firabib feat Gau Nasheed - KasihMu 
9. Far East - Love 
10. Khalifah feat Rabbani - Pejalan Malam 
11. Munif Hijjaz - Kalam Wahyu 
12. Amar - Cebisan Kenangan Legend
13. Hud - Tanpa Hidayah 
14. Halim Ahmad - Yalla Habibi 
15. Halim Ahmad, Inteam, Munif Hijjaz - Malaysia Kita 
16. Halim Ahmad - Ketika Hanya NamaMu 2024 
17. Halim Ahmad - Lembaran Juzuk Cinta 
18. Munif Hijjaz feat Maliq Suhaimi - Aku Hanya Umar 2024
19. Inteam - Harum Setangkai Doa 
20. Darwish - Abu Ubaidah 
21. Mizie Kamis - Kata Rindu 
22. UNIC - Ser You Di IPT 2024 
23. Marhaen - Bebas Negaraku 
24. Soutul Amal feat Daqmie - Bebaskan 
25. Fetya - Taufan Al-Aqsa 
26. Saff One, Intisor, Zaidi Wildan, Acap Fine, Dzilri Jheewa - Sallim Wa Baarik
27. Mateen & Naufal Azrin - Rasulullah 1446 
28. Zaidi Wildan - Selagi Ada 
29. Rabithah & Fitri Haris - Rahib & Singa 
30. Fortune - As-Siddiq 
31. Shoutul Iman - Muslimah Serikandi 
32. Ikhwan Fatanna - I Love Ramadan 
33. Amirul Fauzan & Fadzli Far East - Camar Satu Sayap 
34. Fathi Saleem - Kekasih Yang Dikasih 
35. Arif Azhari - Sesuci Kasih Ibu 
36. UNIC - Labbaik 
37. Lah Ahmad feat Inteam - Kudus Palestin 
38. Munif Hijjaz - Rimbun Keampunan 2024 
39. Toha Arifin - Raja Haji Fisabilillah 
40. Fadzli Far East feat Maliq Suhaimi - Hiba Namun Bahagia 
41. Munif Hijjaz - Kasih Lebaran 
42. Saff One, Zaidi Wildan, Shidee Khayran, Izmir Fareez, Ustaz Zoul, Dzikri Jheewa, Intisor - Maaf Raya Kosong-Kosong 
43. Zaidan - Iman & Amal 
44. Venus & UNIC - Ria Ramadan 
45. Isman Hijjaz - Reggae Selawat 
46. Madinah - Medley Melakar Cinta Di Pintu Syurga 
47. Faizal Tahir & Mirwana - Biar Semua Orang Tahu 
48. Ustaz 3 Beradik - Entahkan Ramadan Terakhir Kali 
49. Mateen - Asma' Abu Bakar 
50. Hafiz Hamidun feat Lia Aziz - Cinta Terakhir 
51. Zaidi Wildan, Shidee Khayran, Qhaleed Saff One - Berdamai Dengan Takdir 
52. Inteam, Lah Ahmad, Pot Amir, Azan Addin, Amer Bin Yusoff, Zaf VE, Nur Ahli Badar - Muhammadun 
53. Inteam - Nasab Nabi 
54. Amer Bin Yusoff - Busyra Lana 
55. Inteam - Solatun 
56. Zaf VE - Alfasolallah
57. Inteam - Nur Munajat 
58. Pot Amir & Azan Addin - Ya Taybah 
59. Lah Ahmad - Qad Kafani 
60. Nur Ahli Badar - Selawat Adnani 
61. Inteam - Nasab Nabi (Acapela) 
62. Anugerah feat Saujana - Bulan Bintang 2024
63. Inteam - Bismillahillazi 
64. Inteam - Habis Rabbi 
65. Inteam - Hasbunallah 
66. Inteam - Selawat Nuril Mubin 
67. Inteam - Selamat Tafrijiyah 
68. Inteam - Tasbih Tahmid 
69. Inteam - Ya Zal Jalali Wal Ikram
70. One Path - Wilayah Cinta 
71. Adnin Roslan feat Ruomei - Tuhan Aku Ingin Jumpa Nabi 
72. Team UAS - Selawat Hari Raya 
73. Team UAS - Kehidupan 2024
74. Aniq Muhai feat Adnin Roslan - Jangan Risau 
75. Aniq Muhai - Satu Tubuh  
76. Putra Aiman & Haikal Iman - Perjalanan 
77. Ikhwan Fatanna - Cahaya Mata 
78. Inteam - The Hajj 
79. Imam Muda Nazrul feat Shouk Azis - Iqra' 
80. Awla - Ulul Azmi 
81. Bitara - Selamat Tinggal Sahabat
82. Anugerah - Qanaahku 
83. Maliq Suhaimi - PadaMu 
84. Aidil Zahran - Tipu Daya Dunia 2024 
85. Andika - Suci Sekeping Hati 
86. Bitara - Mohon PadaMu 
87. Faiesh - Bianglala 
88. Farred Zane - D A M A I (Acoustic) 
89. Izhan - Kasihmu Ya Rasul 
90. Soutul Amal & Izyan - Manusia 2024
91. Mizie Kamis - Waraqah 
92. Shidee Khayran - Terima Kasih 
93. Ustaz 3 Beradik - Al-Quran Pembimbing Ummah 2024 
94. Zawfan & Mirwana - Dunia Indah Bersama 
95. Hafiz Hamidun - Arafah 
96. Inteam & Farid Sanullah - Keagungan
97. Hafiz Hamidun - Batu Hitam 
98. Hafiz Hamidun - Baqi' 
99. Hafiz Hamidun - Jabal Qubais
100. Hafiz Hamidun - Kota Cinta 
101. Hafiz Hamidun - Srikandi Solehah 
102. Hafiz Hamidun - Kiswah 
103. Hafiz Hamidun - Raudah (Slow Version)
104. Fathi Saleem & Vijay - Salam Kemaafan 2024
105. UNIC - My Love 
106. Bazli UNIC - Niat (Hadith 1)
107. Bazli UNIC - Islam Iman Ihsan (Hadith 2)
108. Bazli UNIC - Rukun Islam (Hadith 3) 
109. Bazli UNIC - Penciptaan Manusia (Hadith 4)
110. Shidee, Mu'az, Luqman , Muslim, Fahim, Amsyar , Vijay - Ya Nabi Salam 'Alaika
111. Cahaya Hati - Islam Yang Telah Berkembang 2024
112. Al Fateh - Rahsia Hati Ibu
113. Inteam & Ustaz Khairul Anuar Basri Al-Hafiz - Suasana Hari Raya 
114. Inteam  - Kepulangan Yang Dinanti 
115. Mateen & Ustaz Khairul Anuar Basri Al-Hafiz - Aidilfitri 
116. Hisyam Inteam & Zakiy Hanafi - Cahaya Aidilfitri 
117. Inteam, Mateen, Zakiy Hanafi & Ustaz Khairul Anuar Basri Al-Hafiz - Keheningan Di Aidilfitri 
118. Idris Shamsuddin - Cinta Padamu 
119. Amer Bin Yusoff & Hisyam Elharith - Lebih 1000 Bulan 
120. Dr. NN - Pelita Si Buta 
121. Dzikran - Taubat Pendosa 
122. Ashabul Kahfi - Naratif Terakhir 
123. Daqmie & Rabbani - Yang Di Rindui
Share:

Lagu "Perjalanan" Dari Putra Aiman & Haikal Iman Menyerikan Lagi Industri Nasyid


Siapa yang tak kenal dengan lagenda nasyid yang pernah jadi vokalis kumpulan Nada Murni & terkini menganggotai kumpulan Hijjaz iaitu saudara Munif Hijjaz, beliau juga punya bakat tersendiri dalam seni suara, selain itu beliau juga banyak mencipta lirik & lagu nasyid sehingga kini.

Kali ini kita akan ketahui kisah serba sedikit tentang perkembangan terkini yang mana 2 anaknya iaitu Putra Aiman & Haikal Iman, mereka juga tak terkecuali berpeluang merasai pengalaman baru dalam industri hiburan tanah air menerusi lagu yang tengah meletup sekarang ini iaitu lagu yang berjudul "Perjalanan", lagu & lirik ciptaan sepenuhnya oleh Munif Hijjaz sendiri. .

Lagu ini baru sahaja di terbitkan pada 18 Oktober 2024 di semua platform seperti YouTube, YouTube music, Spotify, Deezer & banyak lagi.

Sekalung penghargaan & tahniah kepada semua yang telah berjaya menerbitkan single terbaru ini, moga dapat meneruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah 
Share:

Dengarkan

Nasyid Sekarang
Memuat Turun ...

Nasyid Tersiar

Loading ...

Visitor

Contact

For more information please e-mail nasyidfm.iradio(a)gmail.com

Pengikut