Pages

Far East Kembali Dengan Buah Tangan Baru

Siapa yang tak kenal dengan sebuah kumpulan yang popular dengan lagu Kembali, Menanti Di Barzakh & banyak lagi lagu2 yang di sampaikan oleh mereka.

Mereka juga di kenali kerana  menyampaikan lagu2 bertarannum yang pernah di muatkan dalam album Halawatul Iman & antara lagu yang menaikkan nama kumpulan ini iaitu lagu Menanti Di Barzakh.

Baik, kali ini nak ceritakan berkenaan dengan kumpulan Ini yang di beri nama Far East, kumpulan ini di tubuhkan pada tahun 2001 lagi, apa yang istimewanya kali ini mereka hadir dengan buat tangan yang terbaru & masih lagi panas.

Bersempena dengan 20 tahun Far East bagi tahun 2021 ini mereka berjaya menerbitkan single terbaru berjudul "Warkah Munsyid" yang baru saja di lancarkan. Lagu ini mereka bergandingan bersama Fadzli Far East, Naim Mirwana & Maliq Suhaimi.

Apa yang menariknya pada lagu ini ialah ia bertujuan ingin memberi penghargaan kepada semua peminat yang memberi sokongan selama ini dari awal penubuhan hingga ke hari ini.

Semoga kumpulan Far East dapat meneruskan perjuangan dalam bidang hiburan seni khususnya nasyid sehingga ke akhir hayat amin ya Allah.
Share:

0 komen:

Dengarkan

Nasyid Sekarang
Memuat Turun ...

Nasyid Tersiar

Loading ...

Visitor

Contact

For more information please e-mail nasyidfm.iradio(a)gmail.com

Teman Blog

Pengikut