Pages

Ulasan Nasyid - Album Nota Cinta Oleh Saujana


Tajuk: Nota Cinta
Artis: Saujana
Tahun: 2010

Cover Album: 

Kalau di lihat pada keseluruhan cover album ni sangat meriah dengan warna warni yang agak terang serta ceria di buatnya, susunan lirik agak kemas, ucapan penghargaan dari setiap ahli & di sebalik tabir pun ada bersama, di belakangnya pula ada senarai tajuk lagu, CD pun sama berwarna warni juga.

Ulasan: 

Nota Cinta
Lagu/Lirik: Nino 

Lagu ini berkenaan dengan cinta kita kepada Allah & kita dapat meluahkan rasa cinta itu terhadapNya. Dari segi penyampaian sangat terbaik, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya.

Titik Ajaib
Lagu: Nino
Lirik: Jef Hazimin 

Lagu ini berkenaan dengan perjuangan & cita2 yang di impikan demi meneruskan kehidupan walau apa jua rintangan yang dihadapi. Dari wegi penyampaian sangat mantap & bertenaga sekali, lagu ini juga boleh di jadikan sebagai lagu motivasi kepada semua. 

Hasbi Rabbi
Lagu/Lirik: Copyright Control

Zikir Hasbi Rabbi ini sememangnya semua dah hafal lirik & lagunya, namun untuk versi Saujana tak kurang hebatnya secara Acapela.

Jika Terakhir Buatku
Lagu/Lirik: Putra Aiman

Sebuah lagu yang sangat menyentuh hati juga perasaan bila mendengarnya kerana ia berkenaan dengan insan yang merayu kepada Tuhan agar di beri peluang untuk bertaubat sebelum tiba masa untuk tinggalkan dunia ini. Dari segi penyampaian boleh di rasakan apa yang di luahkan dalam lagu ini, liriknya dapat di hayati dengan sebaiknya & vokal smuanya mantap.

Inang Anak Perantau
Lagu: Manis Helma 
Lirik: Atie 

Sebuah lagu yang berentak inang yang menceritakan tentang kerinduan warga kota kepada kampung halaman, teringatkan kisah2 menggamit kenangan ketika di kampung, lagu ini sangat sesuai bila datangnya musin perayaan & sebagainya ketika mahu pulang ke kampung bertemu insan tersayang. Dari segi penyampaian sangat mantap serta liriknya dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Ya Muhaiminu Ya Salam
Lagu/Lirik: Copyright Control

Sebuah lagu lama dalam bahasa arab ni sangat best walaupun masanya hanya seminit lebih, liriknya pun best juga. Mereka menyanyikannya secara acapela.

Patah Hati
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fedtri Yahya

Sebuah lagu yang menceritakan tentang seorang insan yang putus harapan dalam kehidupan, sudah pasti banyak perkara buruk akan berlaku, namun segeralah ubah agar tidak memakan diri sendiri kelak. Dari segi penyampaian sangat bermakna bila mendengarnya, dapat di hayati dengan sebaiknya.

Khabar Dari Langit
Lagu: Manis Helma
Lirik: Atie 

Lagu ini berkenaan dengan sebuah perjuangan yang akan di teruskan demi mendapatkan apa yang ingin di ketahuinya di sana. Dari segi penyampaian sangat terbaik, liriknya pula dapat di hayati dengan sebaiknya, lagunya pun menarik.

Tausyeh Sika
Lagu/Lirik: Copyright Control

Lagu ini juga lagu lama berentak padang pasir, lirik arab & maknanya sangat menarik, versi mereka ini juga sangat terbaik & dapat di hayati dengan sebaiknya.

Ishtaqna
Lagu: Putra Aiman
Lirik: Atie & Hafiz Fandani

Sebuah lagu yang bertemakan Rasulullah di sampaikan oleh mereka, lirik mula dalam bahasa arab , kemudian di ikuti dengan lirik bahasa melayu. Dasi segi penyampaian sangat rancak & menarik.

Kembara
Lagu/Lirik: Abai Os

Sebuah lagu berkenaan dengan kehidupan kita di dunia ini & seringkali kita impikan kehidupan di syurga nanti serta membayangkan apa yang ada di sana. Lagunya sangat menarik & lirik pula dapat di hayati dengan sebaiknya.

Zikir Munajat
Lagu/Lirik: Copyright Control

Alunan zikir Munajat yang sangat menarik kerana rentak lagunya lain dari yang lain, di selitkan dengan maknanya sekali, penyampaian sangat mantap.

Sifatullah
Lagu: Adi
Lirik: Adi & Copyright Control

Lagu ini berkenaan dengan sifat 20 yang wajib kita ketahui, rentak lagu pun lain dari yang lain, juga di selitkan juga lirik dalam bahasa Inggeris. Sangat sesuai untuk sesiapa sahaja bila mendengarnya.

sepohon Kayu Daunnya Rimbun
Lagu/Lirik: Copyright Control

Sebuah lama yang ramai sudah tahu & hafal liriknya, ia berkenaan dengan solat yang wajib kita lakukan setiap hari 5 waktu. Dari segi penyampaian pun menarik juga.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman album ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya
Share:

0 komen:

Dengarkan

Nasyid Sekarang
Memuat Turun ...

Nasyid Tersiar

Loading ...

Visitor

Contact

For more information please e-mail nasyidfm.iradio(a)gmail.com

Pengikut