• Samad Said - Janda Setinggan

    Katanya: Derita itu aku. Dirinya cemas diterjah usia dalam kabus belasungkawa, dia tergigau hampir seminggu diancam lipan, angin dan debu yang sama. Desa bahagia, derita.

  • Samad Said - Nikmat

    Segala yang dihasrat, tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat.

  • Samad Said - Ombak

    Ombak yang menjamah kakiku sekali takkan dapat kukenali lagi..

  • Samad Said - Bahasa Terindah

    Sesudah demikian lama dicintai, sukarlah dilupakan. Inti pengalaman, kepedihan; akar kerinduan keresahan… Memang begitu banyak diperlukan kekuatan, kepangkalan batin, rakit ditambatkan bara kenangan dikuatkan .

  • Samad Said - Tetamu Senja

    Kita datang ini satu roh satu jasad, Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat, Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat .

Pages

Gau Nasyeed & Mizie Kamis bakal berkolaborasi untuk single terbaru mereka


“Single Baru GAU Nasheed bersama Mizie Kamis berjudul Untuk Dia”
.
Tahun 2023 merupakan tahun yang agak mencabar bagi industri muzik dan dakwah tanah air. Demi meneruskan langkah dalam industri ini, GAU Nasheed kini mempertaruhkan single kedua dan terbaru untuk tahun ini yang diberi judul ‘Untuk Dia’ hasil ciptaan sepenuhnya oleh Mizie Kamis (MK) sebagai pencipta lagu dan penulis lirik.
.
Menurut Ketua kumpulan GAU Nasheed Nazreen Johari , muzik bagi Lagu ini disusun oleh saudara Ruby Wahyu dan diadun oleh saudara Amin Nordin daripada Smart Audio Studio manakala penerbit lagu ini pula ialah Mizie Kamis .
.
“Bagi lagu ‘Untuk Dia’ ini, kami turut berkolaborasi dengan seorang penyanyi nasyid dari Kedah yang kini berkelana di Negeri Sabah Negeri diBawah Bayu sebagai pendidik iaitu Mizie Kamis . Lontaran vokal dan aura dimiliki Mizie Kamis dilihat mampu memberi penghayatan serta variasi vokal yang menarik dalam penyampaian lagu yang bergenre balada pop seperti Ini. Demikian merupakan antara sebab kenapa kami memilih Mizie Kamis sebagai rakan berkalaborasi untuk lagu ini”, jawab Naim pula apabila ditanya kenapa Mizie Kamis menjadi pilihan duet bersama GAU Nasheed.
.
“Untuk Dia” sebuah lagu yang mengisahkan dimana seseorang hamba yang diuji dengan kemerosotan status kesihatan isterinya sehingga menyebabkan dirinya terpaksa melakukan segala tugasan rumah sendiri. Situasi ini menyebabkan dirinya lemah semangat dan letih dalam menghadapi hari hari dan dugaan yang mendatang. Lagu ini juga dapat mengingatkan para pendengar supaya tidak mudah putus asa dalam apa jua cabaran dan bangkit dalam meneruskan hidupan dan dalam masa yang sama redha akan ketentuan Ilahi.
.
Penggambaran video muzik lagu ‘Untuk Dia’ yang diarahkan oleh Nazreen Johari bersama juru video, Nazmi Johari dijalankan di sekitar negeri Kedah Darul Aman. Antara tempat menarik yang menjadi pilihan adalah Masjid terbaik luar bandar Negeri Kedah iaitu Masjid Al Busyra Merbok.
.
Selain itu, Muzik video ‘Untuk Dia ‘ turut diserikan dengan penampilan istimewa daripada Pendakwah Bebas sebagai Cameo iaitu Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Firdaus Firabib, Dan Ustaz Haslin Baharim dan Tiktok Influencer yang sedang meningkat naik antaranya Shahril Abdullah serta saudara Rahmad Rozali serta isiteri dan anaknya.
.
Ditanya mengenai harapan kumpulan GAU Nasheed terhadap lagu ini, Hakimi menjawab “Kami mengharapkan lagu ini dapat diterima ramai , khususnya peminat kami sendiri serta peminat irama nasyid dan lagu-lagu ketuhanan, serta dapat mengambil iktibar dari mesej yang kami cuba sampaikan”
.
Video Muzik Lagu ‘Untuk Dia’ boleh ditonton di laman Youtube rasmi Inteam Digital pada 6 Oktober 2023 dan boleh didengari di platform digital seperti Spotify, Joox, Itunes, Deezer,
Kkbox atau menerusi permintaan lagu di stesen-stesen radio yang ada.
.
Sebarang maklumat lanjut atau undangan persembahan boleh berhubung dengan saudara Nazreen di talian 017-507 0031 atau Mizie Kamis 019-432 2114 atau emel kepada gaunasheed@gmail.com.

Sumber info oleh Munsyid Malaysia 
Share:

Ulasan Nasyid - Album Pasrah Oleh Cahaya Hati


Tajuk: Pasrah
Artis: Cahaya Hati
Tahun: 2018

Cover Album: 

Cover album ini agak simple tetapi meriah dengan gambar2 ahli kumpulan, di setiap bahagian lirik gambar mereka di kelabukan dengan warna yang agak cerah untuk meletakkan kesemua lirik lagu dalam album ini. Susunan lirik agak rapi, di sebalik tabir & ucapan penghargaan ada bersama. 

Ulasan: 

Hijrah
Lagu/Lirik: Cahaya Hati 

Lagu ini berkenaan dengan hijrah Rasulullah yang mula melangkah dari Mekah ke Madinah, dalam lagu ini mengajak kita untuk mencontohi baginda berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, di selitkan selawat ke atas baginda. Dari segi penyampaian sangat terbaik, lirik & lagi dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Tolaal
Lagu/Lirik: Copyright Control

Alunan selawat ini sememangnya kita semua hafal & mengalunkan tak kira di mana jua. Dari segi penyampaian oleh mereka memang terbaik. 

Penghulu Ummah 
Lagu/Lirik: Cahaya Hati

Lagu ini juga berkenaan dengan baginda Nabi Muhammad SAW yang mana beliau merupakan penghulu Ummah, segala jasanya perlulah kita kenang sampai bila-bila. Dari segi penyampaian sangat mantap, lirik & lagu dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Sifatullah
Lagu/Lirik: Copyright Control

Alunan sifat 20 ini juga sememangnya kita sering alunkan, sifat2 Allah yang wajib kita ketahuinya. Dari segi penyampaian dari mereka sangat terbaik. 

Taubat
Lagu/Lirik: Shah Aidil 

Lagu ini sangat best bila di dengar kerana ia berkenaan dengan seorang hamba yang hilang arah tuju & tak tahu mahu ke mana, akhirnya dia segera memohon kepada yang Maha Esa di atas segala dosa2nya yang lalu. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Pasrah
Lagu/Lirik: Cahaya Hati

Lagu ini berkenaan dengan insan yang di uji dengan berbagai dugaan yang datang, namun di sebalik ujian perlu sabar, sabar, redha & pasrah di atas ketentuan olehNya. Dari segi penyampaian sangat mantap, lirik & lagu dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Doa Khatam Al-Quran
Lagu/Lirik: Copyright Control

Lagu ini juga selalunya kita semua hafal ketika selesai membaca Al-Quran beserta dengan maknanya sekali. Untk versi kumpulan Cahaya Hati ini dari segi penyampaian sangat terbaik.

Insaf
Lagu/Lirik: Cahaya Hati

Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang jauh dari Tuhan Yang Esa & seringkali terlupa jalan untuk pulang. Sampai satu masa beliau hilang arah, lalu segera insaf di atas segala perbuatannya yang lalu. Dari segi penyampaian sangat mantap, lirik & lagu ini dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman album ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah. 
Share:

Ulasan Nasyid - Ittihad Oleh Rabbani


Tajuk: Ittihad
Artis: Rabbani
Tahun: 2019
Lagu: Daqmie
Lirik: ITO Lara

Ulasan: 

Maksud lagu Ittihad adalah perpaduan. Dikala ada disebahagian tempat berada dalam situasi yang amat sengsara, kita masih mampu menatap keluarga dihadapan mata dengan aman. Namun keamanan tidak mampu dipertahankan jika ada dikalangan kita yang mahu meruntuhkan. Perkara lumrah setiap nikmat, pasti ada yang tidak selesa dengan yang lain. Ayuh mari kita bermula menjaga dari diri, keluarga dan seterusnya negara dengan kita tebarkan kasih sayang supaya kita semua terpelihara.

Dari segi penyampaian dalam lagu ini sangat mantap, bila dengar balik lagu ini seakan rentak padang pasir di selitkan di situ lagu serta lirik dapat di hayati dengan sebaiknya, secara keseluruhan memang tak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel youtube.

https://youtu.be/ekCNviSnC_M
Share:

Ulasan Nasyid - Album Pelita Hidup V (Panggilan Baitullah) Oleh Hijjaz


Tajuk: Pelita Hidup V (Panggilan Baitullah)
Artis: Hijjaz
Tahun: 2007 

Cover Album: 

Cover album ini sangat menarik & meriah dengan gambar2 ahli kumpulan Hijjaz sama ada di hadapan & belakang, juga menampilkan gambar Ustaz Mohamad Uda Kasim & Allahyarhamah Hjh Nur Asiah Djamil di situ. Album ini lagu2nya berkonsepkan sejarah berkenaan dengan haji & kisah2nya sangat menarik, lagu2 dalam album ini kesemuanya lagu2 lama yang pernah di popularkan oleh kumpulan El-Suraya, Nada Murni serta banyak lagi & di nyanyikan semula oleh kumpulan Hijjaz. Ucapan penghargaan, susunan lirik lagu yang sangat rapi & di sebalik tabir ada bersama. Manakala track untuk cerita sejarah2 haji telah di sampaikan oleh Ustaz Mohamad Uda Kasim . Track tawaf 1 hingga 3 juga di selitkan dalam album ini. 

Ulasan: 

Panggilan Haji
Lagu/Lirik: Hjh Nur Asiah Djamil

Lagu ini seringkali kita semua pernah nyanyikan ketika musim haji tiba, banyak kumpulan nasyid telah menyanyikan lagu ini termasuklah kumpulan Hijjaz sendiri & artis terawal yang menyanyikan lagu ini iaitu dati kumpulan El-Suraya, tajuk asal Panggilan Kaabah. Ia berkenaan dengan musim haji yang telah tiba apabila masuk sahaja bulan Zulhijjah, ktidak dapat di gambarkan betapa indahnya bila berada di tanah suci Mekah. Dari segi penyampaian sangat mantap & dapat di hayati dengan sebaiknya. Lagu ini terdapat di track pertama & track terakhir, untuk track yang terakhir mereka bergandingan dengan Allahyarhamah Hjh Nur Asiah Djamil. 

Sejarah Pengorbanan
Lagu/Lirik: Asri Ibrahim

Sebuah lagu lama yang pernah di nyanyikan oleh kumpulan Nada Murni suatu ketika dulu & kini ia di nyanyikan semula oleh kumpulan Hijjaz. Lagu ini mengingatkan kita semua tentang sejarah pengorbanan yang di lakukan oleh Nabi Ibrahim, Siti Hajar & anaknya Nabi Ismail. Segala pengorbanan mereka ini sangat hebat, antaranya nabi Ismail haus akan tetapi tiada air di situ, lantas Siti Hajar segera berlari dari sofa ke Marwah untuk mencari air untuk anaknya, akhirnya dari hentakan kaki Nabi Ismail maka keluarlah air yang di panggil air zamzam & kekal hingga ke hari ini. Dari segi penyampaian sangat mantap, lirik lagu dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Sofa & Marwah
Lagu: Amaluddin
Lirik: Alif Lam Ra 

Lagu ini juga mengingatkan kita tentang sejarah pengorbanan yang di lakukan oleh mereka iaitu tentang Nabi Ibrahim, Siti Hajar & anaknya Nabi Ismail, banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari cerita ini. Dari segi penyampaian sangat terbaik, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya. Lagu ini juga pernah di nyanyikan oleh kumpulan Nada Murni.

Haji Rukun Islam Ke 5
Lagu/Lirik: Nazrey Johani

Lagu ini mengingatkan kita tentang persediaan kita sebelum berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji, segalanya perlu di buat bagi mengelakkan tiada sebarang kejadian tak diingini berlaku. Lagu ini juga pernah di nyanyikan oleh kumpulan Nada Murni suatu ketika dul. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Peristiwa Padang Arafah
Lagu: Nazrey Johani
Lirik: Alif Lam Ra

Sebuah lagu yang mengingatkan kita tentang sejarah Adam dan Hawa yang mesti kita ketahuinya. Banyak dugaan yang di laluinya sehinggakan mereka dapat bertemu kembali di Padang Arafah setelah berpisah selama 40 tahun. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu serta lirik dapat di hayati dengan sebaiknya. Lagu ini juga pernah di nyanyikan oleh kumpulan Nada Murni.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman album ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.
Share:

Ulasan Nasyid - Sebarkan Rahmah Oleh Saff One


Tajuk: Sebarkan Rahmah
Artis: Saff One
Tahun: 2023 
Lagu: Qhaleed Saff One
Lirik: Juhanis Shaharuddin, Norfizan Said, Qhaleed Saff One & Firdaus Sahiddin (Lirik Arab)

Ulasan: 

Lagu ini berkenaan dengan kehidupan seharian yang kita lakukan iaitu menyebarkan setiap kebaikan kepada semua agar dapat mengikuti contoh tauladan yang Rasulullah telah ajarkan kepada kita sebagai umatnya, sentiasalah kita berbuat kebaikan tak kira di mana jua. 

Lirik & lagu sangat unik kerana ia di selitkan juga lirik dalam bahasa arab. Dari segi penyampaian sangat mantap & dapat di hayati dengan sebaiknya. Secara keseluruhannya memang tak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel youtube 

https://youtu.be/yiYmTRUUbkU
Share:

Dengarkan

Nasyid Sekarang
Memuat Turun ...

Nasyid Tersiar

Loading ...

Visitor

Contact

For more information please e-mail nasyidfm.iradio(a)gmail.com

Pengikut