• Samad Said - Janda Setinggan

    Katanya: Derita itu aku. Dirinya cemas diterjah usia dalam kabus belasungkawa, dia tergigau hampir seminggu diancam lipan, angin dan debu yang sama. Desa bahagia, derita.

  • Samad Said - Nikmat

    Segala yang dihasrat, tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat.

  • Samad Said - Ombak

    Ombak yang menjamah kakiku sekali takkan dapat kukenali lagi..

  • Samad Said - Bahasa Terindah

    Sesudah demikian lama dicintai, sukarlah dilupakan. Inti pengalaman, kepedihan; akar kerinduan keresahan… Memang begitu banyak diperlukan kekuatan, kepangkalan batin, rakit ditambatkan bara kenangan dikuatkan .

  • Samad Said - Tetamu Senja

    Kita datang ini satu roh satu jasad, Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat, Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat .

Pages

Ulasan Nasyid - Kasih Ibu Bapa 2023 Oleh Munif Hijjaz


Tajuk: Kasih Ibu Bapa
Artis: Munif Hijjaz
Tahun: 2023 
Lagu/Lirik: Copyright Control

Ulasan: 

Lagu ini sebenarnya sebuah lagu lama yang asalnya di nyanyikan oleh kumpulan El-Suraya suatu ketika dulu, namun banyak artis yang dah nyanyikan semula dalam berbagai versi serta muzik. Lain pula yang di bawa oleh Munif Hijjaz kali ini kerana lagu ini berjaya di beri nafas baru.

Seperti yang kita ketahui lagu ini mengajak kita untuk renung serta mengingati segala jasa ibu bapa kepada kita semua di dunia ini, ia juga mengingatkan kita supaya tidak lupa, lalai & alpa terhadap mereka. Namun setelah mereka tiada kita akan rasa kesedihan dengan pemergian mereka, sentiasalah kita berdoa agar mereka di beri kesejahteraan dalam kehidupan di dunia & akhirat.

Dari segi penyampaian dalam lagu ini memang betul2 mengundang sebak bila mendengarnya, lirik lagu ini sangat mendalam bila di hayati dengan sebaiknya.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel YouTube.

https://youtu.be/PVEkWuUsHUY?si=UwDDBguwOkRHtD_q
Share:

Ulasan Nasyid - Inni Tawakkaltu Oleh Hafiz Hamidun


Tajuk: Inni Tawakkaltu
Artis: Hafiz Hamidun
Tahun: 2023
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: ITO Lara 

Ulasan: 

Lagu ini berkenaan dengan kehidupan kita di dunia ini dalam menempuh segala cabaran yang berlaku dengan apa jua usaha sehingga mampu mencapai kejayaan yang di inginkan, seandainya ia bukan milik kita lagi, hendaklah kita akur & pasrah atas apa yang di tentukan olehNya.

Dari segi penyampaian boleh mengundang sebak bila mendengarnya, liriknya pula sangat mendalam maksudnya & di selitkan dengan ayat serta maknanya. Muziknya juga memang terbaik.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

https://youtu.be/5RAXH_uqtiI?si=F4z_rSEZXK5EXGwK
Share:

Ulasan Nasyid - Detik Oleh Tasnim


Tajuk: Detik
Artis: Tasnim 
Tahun: 2023
Lagu: Fazly
Lirik: Khidir

Pengenalan: 

Kumpulan nasyid ini di beri nama "Tasnim", ia merupakan kumpulan nasyid baru, mereka terdiri dari kumpulan nasyid lelaki & mereka semuanya berasal dari Singapura. Mereka telah menerbitkan sebuah lagu untuk single pertama yang berjudul "Detik". Semoga dengan kehadiran kumpulan ini dapat meriahkan lagi irama nasyid di pelusuk dunia.

Ulasan: 

Lagu"Detik" ini berkenaan dengan hamba Allah yang hidupnya hilang arah & pedoman, ia rasa sangat resah serta gelisah dalam mengharungi kehidupan di dunia ini, sampai satu masa dia segera bertaubat kepada Allah lalu memohon keampunan di atas dosa2nya yang lalu.

Dari segi penyampaian sangat terbaik, liriknya dapat di hayati dengan sebaiknya, muziknya pun terbaik juga.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Dengarkan lagu ini di channel YouTube.

https://youtu.be/jJWSAw8_G38?si=bJWd8-K_IWBf72Sv
Share:

Dengarkan

Nasyid Sekarang
Memuat Turun ...

Nasyid Tersiar

Loading ...

Visitor

Contact

For more information please e-mail nasyidfm.iradio(a)gmail.com

Pengikut