• Samad Said - Janda Setinggan

    Katanya: Derita itu aku. Dirinya cemas diterjah usia dalam kabus belasungkawa, dia tergigau hampir seminggu diancam lipan, angin dan debu yang sama. Desa bahagia, derita.

  • Samad Said - Nikmat

    Segala yang dihasrat, tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat.

  • Samad Said - Ombak

    Ombak yang menjamah kakiku sekali takkan dapat kukenali lagi..

  • Samad Said - Bahasa Terindah

    Sesudah demikian lama dicintai, sukarlah dilupakan. Inti pengalaman, kepedihan; akar kerinduan keresahan… Memang begitu banyak diperlukan kekuatan, kepangkalan batin, rakit ditambatkan bara kenangan dikuatkan .

  • Samad Said - Tetamu Senja

    Kita datang ini satu roh satu jasad, Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat, Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat .

Pages

Gau Nasyeed & Mizie Kamis bakal berkolaborasi untuk single terbaru mereka


“Single Baru GAU Nasheed bersama Mizie Kamis berjudul Untuk Dia”
.
Tahun 2023 merupakan tahun yang agak mencabar bagi industri muzik dan dakwah tanah air. Demi meneruskan langkah dalam industri ini, GAU Nasheed kini mempertaruhkan single kedua dan terbaru untuk tahun ini yang diberi judul ‘Untuk Dia’ hasil ciptaan sepenuhnya oleh Mizie Kamis (MK) sebagai pencipta lagu dan penulis lirik.
.
Menurut Ketua kumpulan GAU Nasheed Nazreen Johari , muzik bagi Lagu ini disusun oleh saudara Ruby Wahyu dan diadun oleh saudara Amin Nordin daripada Smart Audio Studio manakala penerbit lagu ini pula ialah Mizie Kamis .
.
“Bagi lagu ‘Untuk Dia’ ini, kami turut berkolaborasi dengan seorang penyanyi nasyid dari Kedah yang kini berkelana di Negeri Sabah Negeri diBawah Bayu sebagai pendidik iaitu Mizie Kamis . Lontaran vokal dan aura dimiliki Mizie Kamis dilihat mampu memberi penghayatan serta variasi vokal yang menarik dalam penyampaian lagu yang bergenre balada pop seperti Ini. Demikian merupakan antara sebab kenapa kami memilih Mizie Kamis sebagai rakan berkalaborasi untuk lagu ini”, jawab Naim pula apabila ditanya kenapa Mizie Kamis menjadi pilihan duet bersama GAU Nasheed.
.
“Untuk Dia” sebuah lagu yang mengisahkan dimana seseorang hamba yang diuji dengan kemerosotan status kesihatan isterinya sehingga menyebabkan dirinya terpaksa melakukan segala tugasan rumah sendiri. Situasi ini menyebabkan dirinya lemah semangat dan letih dalam menghadapi hari hari dan dugaan yang mendatang. Lagu ini juga dapat mengingatkan para pendengar supaya tidak mudah putus asa dalam apa jua cabaran dan bangkit dalam meneruskan hidupan dan dalam masa yang sama redha akan ketentuan Ilahi.
.
Penggambaran video muzik lagu ‘Untuk Dia’ yang diarahkan oleh Nazreen Johari bersama juru video, Nazmi Johari dijalankan di sekitar negeri Kedah Darul Aman. Antara tempat menarik yang menjadi pilihan adalah Masjid terbaik luar bandar Negeri Kedah iaitu Masjid Al Busyra Merbok.
.
Selain itu, Muzik video ‘Untuk Dia ‘ turut diserikan dengan penampilan istimewa daripada Pendakwah Bebas sebagai Cameo iaitu Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Firdaus Firabib, Dan Ustaz Haslin Baharim dan Tiktok Influencer yang sedang meningkat naik antaranya Shahril Abdullah serta saudara Rahmad Rozali serta isiteri dan anaknya.
.
Ditanya mengenai harapan kumpulan GAU Nasheed terhadap lagu ini, Hakimi menjawab “Kami mengharapkan lagu ini dapat diterima ramai , khususnya peminat kami sendiri serta peminat irama nasyid dan lagu-lagu ketuhanan, serta dapat mengambil iktibar dari mesej yang kami cuba sampaikan”
.
Video Muzik Lagu ‘Untuk Dia’ boleh ditonton di laman Youtube rasmi Inteam Digital pada 6 Oktober 2023 dan boleh didengari di platform digital seperti Spotify, Joox, Itunes, Deezer,
Kkbox atau menerusi permintaan lagu di stesen-stesen radio yang ada.
.
Sebarang maklumat lanjut atau undangan persembahan boleh berhubung dengan saudara Nazreen di talian 017-507 0031 atau Mizie Kamis 019-432 2114 atau emel kepada gaunasheed@gmail.com.

Sumber info oleh Munsyid Malaysia 
Share:

Dengarkan

Nasyid Sekarang
Memuat Turun ...

Nasyid Tersiar

Loading ...

Visitor

Contact

For more information please e-mail nasyidfm.iradio(a)gmail.com

Pengikut