Assalamualaikum buat semua pembaca yang di kasihi sekalian, di sini kami akan berikan pula info mengenai kumpulan nasyid yang sedang meningkat naik namanya dalam seni suara juga dalam industri nasyid tanah air iaitu kumpulan "Byhaq"....
Kumpulan Byhaq di tubuhkan pada tahun 2012 hasil kesinambungan Kasturi dari tahun 2005, Kasturi adalah perjenamaan semula kepada Byhaq... Mereka bersama bersatu & membentuk kumpulan ini ketika di zaman kampus lagi iaitu Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) yang terletak di Negeri Kelantan... Mereka juga bekas pelajar dari KIAS & KUIN serta mereka adalah generasi yang ke 5 walau perjuangan mereka sudah lebih dari 10 tahun, mereka akan meneruskannya tanpa henti....
Byhaq Nasheed Entertainment membawa kelainan tersendiri yang mana bukan saja bernasyid semata, malah mereka juga memberi perkhidmatan lain seperti kelas vokal, mencipta lirik, pembekal peralatan perkusi, grafik, video editing & sebagainya...
Perjuangan mereka bermula dengan single lagu yang pertama iaitu Mungkin Esok Aku Akan Syahid (MEAAS) pada bulan Jun 2014... Kemudiannya mereka meneruskan langkah dengan single lagu yang ke 2 berjudul Infiru pada bulan Oktober 2014, pada tahun 2017 mereka telah berjaya menerbitkan single terbaru yang berjudu Demi Kebenaran....
Memang tak di nafikan bahawa kumpulan Byhaq ini sememangnya berani dalam meneruskan perjuangan ini, antara ahlli2 yang menganggotai kumpulan ini iaitu Rosairi, Faisal, Wahidi, Latif & Jalal...
Apa yang kami nampak kumpulan ini mendapat sokongan yang sangat kuat daripada peminat2 yang sudah pun mendengar lagu2 yang di sampaikan oleh mereka, kami juga turut berbangga kerana hasil yang di tunjukkan oleh mereka sangat mantap...
Walau pun masih lagi baru dalam industri namun semangat mereka tak putus biar pun ada halangan yang mendatang, perjuangan seperti inilah yang semua orang mahukan...
Kami di sini mengucapkan tahniah buat kumpulan Byhaq atas usaha yang kalian lakukan selama ini & kami mendoakan agar Byhaq teruskan perjuangan ini hingga ke akhirnya Amin ya Allah.....