• Samad Said - Janda Setinggan

    Katanya: Derita itu aku. Dirinya cemas diterjah usia dalam kabus belasungkawa, dia tergigau hampir seminggu diancam lipan, angin dan debu yang sama. Desa bahagia, derita.

  • Samad Said - Nikmat

    Segala yang dihasrat, tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat.

  • Samad Said - Ombak

    Ombak yang menjamah kakiku sekali takkan dapat kukenali lagi..

  • Samad Said - Bahasa Terindah

    Sesudah demikian lama dicintai, sukarlah dilupakan. Inti pengalaman, kepedihan; akar kerinduan keresahan… Memang begitu banyak diperlukan kekuatan, kepangkalan batin, rakit ditambatkan bara kenangan dikuatkan .

  • Samad Said - Tetamu Senja

    Kita datang ini satu roh satu jasad, Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat, Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat .

Pages

Ulasan Nasyid - Kasih Ibu Bapa 2023 Oleh Munif Hijjaz


Tajuk: Kasih Ibu Bapa
Artis: Munif Hijjaz
Tahun: 2023 
Lagu/Lirik: Copyright Control

Ulasan: 

Lagu ini sebenarnya sebuah lagu lama yang asalnya di nyanyikan oleh kumpulan El-Suraya suatu ketika dulu, namun banyak artis yang dah nyanyikan semula dalam berbagai versi serta muzik. Lain pula yang di bawa oleh Munif Hijjaz kali ini kerana lagu ini berjaya di beri nafas baru.

Seperti yang kita ketahui lagu ini mengajak kita untuk renung serta mengingati segala jasa ibu bapa kepada kita semua di dunia ini, ia juga mengingatkan kita supaya tidak lupa, lalai & alpa terhadap mereka. Namun setelah mereka tiada kita akan rasa kesedihan dengan pemergian mereka, sentiasalah kita berdoa agar mereka di beri kesejahteraan dalam kehidupan di dunia & akhirat.

Dari segi penyampaian dalam lagu ini memang betul2 mengundang sebak bila mendengarnya, lirik lagu ini sangat mendalam bila di hayati dengan sebaiknya.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel YouTube.

https://youtu.be/PVEkWuUsHUY?si=UwDDBguwOkRHtD_q
Share:

Ulasan Nasyid - Inni Tawakkaltu Oleh Hafiz Hamidun


Tajuk: Inni Tawakkaltu
Artis: Hafiz Hamidun
Tahun: 2023
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: ITO Lara 

Ulasan: 

Lagu ini berkenaan dengan kehidupan kita di dunia ini dalam menempuh segala cabaran yang berlaku dengan apa jua usaha sehingga mampu mencapai kejayaan yang di inginkan, seandainya ia bukan milik kita lagi, hendaklah kita akur & pasrah atas apa yang di tentukan olehNya.

Dari segi penyampaian boleh mengundang sebak bila mendengarnya, liriknya pula sangat mendalam maksudnya & di selitkan dengan ayat serta maknanya. Muziknya juga memang terbaik.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

https://youtu.be/5RAXH_uqtiI?si=F4z_rSEZXK5EXGwK
Share:

Ulasan Nasyid - Detik Oleh Tasnim


Tajuk: Detik
Artis: Tasnim 
Tahun: 2023
Lagu: Fazly
Lirik: Khidir

Pengenalan: 

Kumpulan nasyid ini di beri nama "Tasnim", ia merupakan kumpulan nasyid baru, mereka terdiri dari kumpulan nasyid lelaki & mereka semuanya berasal dari Singapura. Mereka telah menerbitkan sebuah lagu untuk single pertama yang berjudul "Detik". Semoga dengan kehadiran kumpulan ini dapat meriahkan lagi irama nasyid di pelusuk dunia.

Ulasan: 

Lagu"Detik" ini berkenaan dengan hamba Allah yang hidupnya hilang arah & pedoman, ia rasa sangat resah serta gelisah dalam mengharungi kehidupan di dunia ini, sampai satu masa dia segera bertaubat kepada Allah lalu memohon keampunan di atas dosa2nya yang lalu.

Dari segi penyampaian sangat terbaik, liriknya dapat di hayati dengan sebaiknya, muziknya pun terbaik juga.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Dengarkan lagu ini di channel YouTube.

https://youtu.be/jJWSAw8_G38?si=bJWd8-K_IWBf72Sv
Share:

Gau Nasyeed & Mizie Kamis bakal berkolaborasi untuk single terbaru mereka


“Single Baru GAU Nasheed bersama Mizie Kamis berjudul Untuk Dia”
.
Tahun 2023 merupakan tahun yang agak mencabar bagi industri muzik dan dakwah tanah air. Demi meneruskan langkah dalam industri ini, GAU Nasheed kini mempertaruhkan single kedua dan terbaru untuk tahun ini yang diberi judul ‘Untuk Dia’ hasil ciptaan sepenuhnya oleh Mizie Kamis (MK) sebagai pencipta lagu dan penulis lirik.
.
Menurut Ketua kumpulan GAU Nasheed Nazreen Johari , muzik bagi Lagu ini disusun oleh saudara Ruby Wahyu dan diadun oleh saudara Amin Nordin daripada Smart Audio Studio manakala penerbit lagu ini pula ialah Mizie Kamis .
.
“Bagi lagu ‘Untuk Dia’ ini, kami turut berkolaborasi dengan seorang penyanyi nasyid dari Kedah yang kini berkelana di Negeri Sabah Negeri diBawah Bayu sebagai pendidik iaitu Mizie Kamis . Lontaran vokal dan aura dimiliki Mizie Kamis dilihat mampu memberi penghayatan serta variasi vokal yang menarik dalam penyampaian lagu yang bergenre balada pop seperti Ini. Demikian merupakan antara sebab kenapa kami memilih Mizie Kamis sebagai rakan berkalaborasi untuk lagu ini”, jawab Naim pula apabila ditanya kenapa Mizie Kamis menjadi pilihan duet bersama GAU Nasheed.
.
“Untuk Dia” sebuah lagu yang mengisahkan dimana seseorang hamba yang diuji dengan kemerosotan status kesihatan isterinya sehingga menyebabkan dirinya terpaksa melakukan segala tugasan rumah sendiri. Situasi ini menyebabkan dirinya lemah semangat dan letih dalam menghadapi hari hari dan dugaan yang mendatang. Lagu ini juga dapat mengingatkan para pendengar supaya tidak mudah putus asa dalam apa jua cabaran dan bangkit dalam meneruskan hidupan dan dalam masa yang sama redha akan ketentuan Ilahi.
.
Penggambaran video muzik lagu ‘Untuk Dia’ yang diarahkan oleh Nazreen Johari bersama juru video, Nazmi Johari dijalankan di sekitar negeri Kedah Darul Aman. Antara tempat menarik yang menjadi pilihan adalah Masjid terbaik luar bandar Negeri Kedah iaitu Masjid Al Busyra Merbok.
.
Selain itu, Muzik video ‘Untuk Dia ‘ turut diserikan dengan penampilan istimewa daripada Pendakwah Bebas sebagai Cameo iaitu Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Firdaus Firabib, Dan Ustaz Haslin Baharim dan Tiktok Influencer yang sedang meningkat naik antaranya Shahril Abdullah serta saudara Rahmad Rozali serta isiteri dan anaknya.
.
Ditanya mengenai harapan kumpulan GAU Nasheed terhadap lagu ini, Hakimi menjawab “Kami mengharapkan lagu ini dapat diterima ramai , khususnya peminat kami sendiri serta peminat irama nasyid dan lagu-lagu ketuhanan, serta dapat mengambil iktibar dari mesej yang kami cuba sampaikan”
.
Video Muzik Lagu ‘Untuk Dia’ boleh ditonton di laman Youtube rasmi Inteam Digital pada 6 Oktober 2023 dan boleh didengari di platform digital seperti Spotify, Joox, Itunes, Deezer,
Kkbox atau menerusi permintaan lagu di stesen-stesen radio yang ada.
.
Sebarang maklumat lanjut atau undangan persembahan boleh berhubung dengan saudara Nazreen di talian 017-507 0031 atau Mizie Kamis 019-432 2114 atau emel kepada gaunasheed@gmail.com.

Sumber info oleh Munsyid Malaysia 
Share:

Ulasan Nasyid - Album Pasrah Oleh Cahaya Hati


Tajuk: Pasrah
Artis: Cahaya Hati
Tahun: 2018

Cover Album: 

Cover album ini agak simple tetapi meriah dengan gambar2 ahli kumpulan, di setiap bahagian lirik gambar mereka di kelabukan dengan warna yang agak cerah untuk meletakkan kesemua lirik lagu dalam album ini. Susunan lirik agak rapi, di sebalik tabir & ucapan penghargaan ada bersama. 

Ulasan: 

Hijrah
Lagu/Lirik: Cahaya Hati 

Lagu ini berkenaan dengan hijrah Rasulullah yang mula melangkah dari Mekah ke Madinah, dalam lagu ini mengajak kita untuk mencontohi baginda berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, di selitkan selawat ke atas baginda. Dari segi penyampaian sangat terbaik, lirik & lagi dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Tolaal
Lagu/Lirik: Copyright Control

Alunan selawat ini sememangnya kita semua hafal & mengalunkan tak kira di mana jua. Dari segi penyampaian oleh mereka memang terbaik. 

Penghulu Ummah 
Lagu/Lirik: Cahaya Hati

Lagu ini juga berkenaan dengan baginda Nabi Muhammad SAW yang mana beliau merupakan penghulu Ummah, segala jasanya perlulah kita kenang sampai bila-bila. Dari segi penyampaian sangat mantap, lirik & lagu dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Sifatullah
Lagu/Lirik: Copyright Control

Alunan sifat 20 ini juga sememangnya kita sering alunkan, sifat2 Allah yang wajib kita ketahuinya. Dari segi penyampaian dari mereka sangat terbaik. 

Taubat
Lagu/Lirik: Shah Aidil 

Lagu ini sangat best bila di dengar kerana ia berkenaan dengan seorang hamba yang hilang arah tuju & tak tahu mahu ke mana, akhirnya dia segera memohon kepada yang Maha Esa di atas segala dosa2nya yang lalu. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Pasrah
Lagu/Lirik: Cahaya Hati

Lagu ini berkenaan dengan insan yang di uji dengan berbagai dugaan yang datang, namun di sebalik ujian perlu sabar, sabar, redha & pasrah di atas ketentuan olehNya. Dari segi penyampaian sangat mantap, lirik & lagu dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Doa Khatam Al-Quran
Lagu/Lirik: Copyright Control

Lagu ini juga selalunya kita semua hafal ketika selesai membaca Al-Quran beserta dengan maknanya sekali. Untk versi kumpulan Cahaya Hati ini dari segi penyampaian sangat terbaik.

Insaf
Lagu/Lirik: Cahaya Hati

Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang jauh dari Tuhan Yang Esa & seringkali terlupa jalan untuk pulang. Sampai satu masa beliau hilang arah, lalu segera insaf di atas segala perbuatannya yang lalu. Dari segi penyampaian sangat mantap, lirik & lagu ini dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman album ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah. 
Share:

Ulasan Nasyid - Ittihad Oleh Rabbani


Tajuk: Ittihad
Artis: Rabbani
Tahun: 2019
Lagu: Daqmie
Lirik: ITO Lara

Ulasan: 

Maksud lagu Ittihad adalah perpaduan. Dikala ada disebahagian tempat berada dalam situasi yang amat sengsara, kita masih mampu menatap keluarga dihadapan mata dengan aman. Namun keamanan tidak mampu dipertahankan jika ada dikalangan kita yang mahu meruntuhkan. Perkara lumrah setiap nikmat, pasti ada yang tidak selesa dengan yang lain. Ayuh mari kita bermula menjaga dari diri, keluarga dan seterusnya negara dengan kita tebarkan kasih sayang supaya kita semua terpelihara.

Dari segi penyampaian dalam lagu ini sangat mantap, bila dengar balik lagu ini seakan rentak padang pasir di selitkan di situ lagu serta lirik dapat di hayati dengan sebaiknya, secara keseluruhan memang tak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel youtube.

https://youtu.be/ekCNviSnC_M
Share:

Ulasan Nasyid - Album Pelita Hidup V (Panggilan Baitullah) Oleh Hijjaz


Tajuk: Pelita Hidup V (Panggilan Baitullah)
Artis: Hijjaz
Tahun: 2007 

Cover Album: 

Cover album ini sangat menarik & meriah dengan gambar2 ahli kumpulan Hijjaz sama ada di hadapan & belakang, juga menampilkan gambar Ustaz Mohamad Uda Kasim & Allahyarhamah Hjh Nur Asiah Djamil di situ. Album ini lagu2nya berkonsepkan sejarah berkenaan dengan haji & kisah2nya sangat menarik, lagu2 dalam album ini kesemuanya lagu2 lama yang pernah di popularkan oleh kumpulan El-Suraya, Nada Murni serta banyak lagi & di nyanyikan semula oleh kumpulan Hijjaz. Ucapan penghargaan, susunan lirik lagu yang sangat rapi & di sebalik tabir ada bersama. Manakala track untuk cerita sejarah2 haji telah di sampaikan oleh Ustaz Mohamad Uda Kasim . Track tawaf 1 hingga 3 juga di selitkan dalam album ini. 

Ulasan: 

Panggilan Haji
Lagu/Lirik: Hjh Nur Asiah Djamil

Lagu ini seringkali kita semua pernah nyanyikan ketika musim haji tiba, banyak kumpulan nasyid telah menyanyikan lagu ini termasuklah kumpulan Hijjaz sendiri & artis terawal yang menyanyikan lagu ini iaitu dati kumpulan El-Suraya, tajuk asal Panggilan Kaabah. Ia berkenaan dengan musim haji yang telah tiba apabila masuk sahaja bulan Zulhijjah, ktidak dapat di gambarkan betapa indahnya bila berada di tanah suci Mekah. Dari segi penyampaian sangat mantap & dapat di hayati dengan sebaiknya. Lagu ini terdapat di track pertama & track terakhir, untuk track yang terakhir mereka bergandingan dengan Allahyarhamah Hjh Nur Asiah Djamil. 

Sejarah Pengorbanan
Lagu/Lirik: Asri Ibrahim

Sebuah lagu lama yang pernah di nyanyikan oleh kumpulan Nada Murni suatu ketika dulu & kini ia di nyanyikan semula oleh kumpulan Hijjaz. Lagu ini mengingatkan kita semua tentang sejarah pengorbanan yang di lakukan oleh Nabi Ibrahim, Siti Hajar & anaknya Nabi Ismail. Segala pengorbanan mereka ini sangat hebat, antaranya nabi Ismail haus akan tetapi tiada air di situ, lantas Siti Hajar segera berlari dari sofa ke Marwah untuk mencari air untuk anaknya, akhirnya dari hentakan kaki Nabi Ismail maka keluarlah air yang di panggil air zamzam & kekal hingga ke hari ini. Dari segi penyampaian sangat mantap, lirik lagu dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Sofa & Marwah
Lagu: Amaluddin
Lirik: Alif Lam Ra 

Lagu ini juga mengingatkan kita tentang sejarah pengorbanan yang di lakukan oleh mereka iaitu tentang Nabi Ibrahim, Siti Hajar & anaknya Nabi Ismail, banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari cerita ini. Dari segi penyampaian sangat terbaik, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya. Lagu ini juga pernah di nyanyikan oleh kumpulan Nada Murni.

Haji Rukun Islam Ke 5
Lagu/Lirik: Nazrey Johani

Lagu ini mengingatkan kita tentang persediaan kita sebelum berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji, segalanya perlu di buat bagi mengelakkan tiada sebarang kejadian tak diingini berlaku. Lagu ini juga pernah di nyanyikan oleh kumpulan Nada Murni suatu ketika dul. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Peristiwa Padang Arafah
Lagu: Nazrey Johani
Lirik: Alif Lam Ra

Sebuah lagu yang mengingatkan kita tentang sejarah Adam dan Hawa yang mesti kita ketahuinya. Banyak dugaan yang di laluinya sehinggakan mereka dapat bertemu kembali di Padang Arafah setelah berpisah selama 40 tahun. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu serta lirik dapat di hayati dengan sebaiknya. Lagu ini juga pernah di nyanyikan oleh kumpulan Nada Murni.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman album ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.
Share:

Ulasan Nasyid - Sebarkan Rahmah Oleh Saff One


Tajuk: Sebarkan Rahmah
Artis: Saff One
Tahun: 2023 
Lagu: Qhaleed Saff One
Lirik: Juhanis Shaharuddin, Norfizan Said, Qhaleed Saff One & Firdaus Sahiddin (Lirik Arab)

Ulasan: 

Lagu ini berkenaan dengan kehidupan seharian yang kita lakukan iaitu menyebarkan setiap kebaikan kepada semua agar dapat mengikuti contoh tauladan yang Rasulullah telah ajarkan kepada kita sebagai umatnya, sentiasalah kita berbuat kebaikan tak kira di mana jua. 

Lirik & lagu sangat unik kerana ia di selitkan juga lirik dalam bahasa arab. Dari segi penyampaian sangat mantap & dapat di hayati dengan sebaiknya. Secara keseluruhannya memang tak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel youtube 

https://youtu.be/yiYmTRUUbkU
Share:

Ulasan Nasyid - Album Aku Zikirkan NamaMu Oleh kumpulan Far East


Tajuk: Aku Zikirkan NamaMu 
Artis: Far East 
Tahun: 2014

Cover Album: 

Bila di lihat gambar dari depan, tengah sampai ke belakang kulit album sangat menarik kerana ia berkonsepkan pemandangan yang sangat indah, cantik serta tenang bila melihatnya. Ia juga di sertakan dengan gambar ahli2 kumpulan Far East & kanak2 yang sangat comel bersamanya. Tiada ucapan penghargaan tetapi ia di selitkan dengan kata2 hikmah untuk kita semua. Susunan lirik lagu ada bersama di dalamnya. Dalam album ini juga di selang selikan dengan tazkirah yang di sampaikan oleh Ustaz Don Daniyal & Ustaz Mohd Rodzie.

Ulasan Lagu: 

Allah
Lagu/Lirik: Azwan Ibrahim

Sebuah alinan zikir berlagu yang sangat merdu bila di sampaikan kepada pendengar, dasri segi penyampaian memang terbaik. 

Asma Allah
Lagu/Lirik: Azwan Ibrahim

Biasanya kita selalu nyanyikan lagu Asma Ul Husna & melodinya sama sahaja dari dulu sampai sekarang. Namun dalam album ini melodi untuk Asma Allah ada kelainan dari sebelumnya serta sangat unik bila mendengarnya. Dari segi penyampaian sangat mantap. 

Ya Latif 
Lagu: Fadzil Far East
Lirik: ITO Lara

Alunan zikir ini pun terbaik juga, melodinya lain dari yang lain, permulaan lirik dalam bahasa melayu kemudian baru seterusnya zikir ya Latif di alunkan sampai habis. Dari segi penyampaian sangat mantap & best. 

Sollallahu 'Alannabi 
Lagu/Lirik: Azwan Ibrahim

Alunan selawat yang sering kita di tujukan kepada nabi Muhammad SAW, melodinya juga ada kelainan di situ. Dari segi penyampaian sangat terbaik.

Dia Untuk Ibu
Lagu/Lirik: Ustaz Mohd Rodzie

Bila mendengar sebuah doa dalam lagu ini sangat tersentuh hati & perasaan, itulah ungkapan yang tak tahu untuk di gambarkan. Dari segi penyampaian sangat mantap bila di sampaikan dengan penuh penghayatan.

Ya Ilahi Rabbi 
Lagu/Lirik: Copyright Control

Sebuah lagu lama yang pernah di nyanyikan oleh Allahyarhamah Datin Rafeah Buang, lirik & lagunya juga hasil ciptaannya juga, akhirnya kumpulan Far East berjaya menyanyikan semula dalam versi baru. Lagu ini sangat terbaik bila mendengarnya, dari segi penyampaian oleh kumpulan Far East sangat mantap & dapat di hayati dengan sebaiknya.

Laukana Bainana 
Lagu/Lirik: Copyright Control

Sebuah lagu arab yang pernah di popularkan oleh Abdul Rahman Mohamed, kemudian untuk versi ini kumpulan Far East berkolaborasi dengan Raqib Majid. Dari segi penyampaian sangat mantap.

Ya Tawwab
Lagu: Copyright Control
Lirik: Azwan Ibrahim

Alunan yang di sampaikan dalam lagu ini sangatlah mantap, kita pun boleh ikuti bersama dalam mengalunkannya kerana ia berentak tradisional lagu asli. 

Alhamdulillah
Lagu/Lirik: Yuwaji 

Sebuah lagu yang di alunkan dalam bahasa Tamil, ini betul2 unik mereka sampaikan & ada kelebihan di situ, sayangnya tiada di selitkan makna sekali untuk di fahami maksudnya dalam bahagian lirik. Dari segi penyampaian sangat mantap, muziknya pun memang sesuai dengan lagunya. 

Syahadah
Lagu: Fadzli Far East
Lirik: ITO Lara

Lirik lagu ini berkenaan dengan kalimah syahadah yang kita sering alunkan dari lahir sehingga kita di panggil bertemu dengan maha pencipta, dari segi penyampaian sangat mantap bila di hayati dengan sebaiknya. 

Doa Untuk Ayah 
Lagu/Lirik: Ustaz Mohd Rodzie 

Alunan doa dalam lagu ini juga sangat tersentuh bila mendengarnya, sungguh tak dapat di gambarkan dengan kata-kata & menyentuh hati serta perasaan. Dari segi penyampaian sangat mantap bila dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Istighfar: 
Lagu/Lirik: Copyright Control

Alunan zikir ini kebiasaannya kita seringkali nyanyikan tak kira di mana jua. Namun untuk versi dari kumpulan Far East pula bila kita dengar memang terbaik dari segi penyampaian. 

Rahsia Allah
Lagu/Lirik: Copyright Control

Lirik lagu ini kisahnya tentang 3 perkara yang sememangnya kita sendiri tidak mengetahuinya iaitu, jodoh, rezeki & mati, semuanya di tentukan oleh Allah SWT buat hambaNya didunia ini. Dari segi penyampaian sangat mantap bila di hayati dengan sebaiknya. 

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman album ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Share:

Ulasan Nasyid - Saat Hari Tuanya Oleh Darwish feat Munif Hijjaz


Tajuk: Saat Hari Tuanya
Artis: Darwish feat Munif Hijjaz
Tahun: 2023
Lagu: Faiz Darwish & Munif Hijjaz
Lirik: Faiz Darwish

Ulasan: 

Lagu ini mengingatkan kita kepada seorang insan yang bergelar ayah kepada kita semua, sungguh tak terbalas segala jasanya yang sering dia lakukan buat kita semua. Hargailah jasa mereka sampai bila2.

Dari segi penyampaian dalam gandingan lagu ini sangatlah mantap, lirik & lagu sangat menyentuh hati bila di hayati dengan sebaiknya.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel youtube Munif Hijjaz channel.

https://youtu.be/cqUzC67aR9c
Share:

Ulasan Nasyid - Album Katakan Oleh Nowseeheart


Tajuk: Katakan
Artis: Nowseeheart
Tahun: 2014

Cover Album: 

Cover album ini boleh di katakan sangat meriah kerana warnanya yang ceria & sama pula dengan pakaian mereka dalam album ini. Setiap ruang ada gamba2 mereka. Ucapan penghargaan, susulan lirik serta ucapan dari setiap ahli ada bersama di dalmnya. 

Ulasan: 

Katakan
Lagu/Lirik: Azahari Abdul Rahman

Lagu ini berkenaan apa yang ingin di sampaikan, "katakan" bermaksud kita sentiasalah menyebut namaNya selalu melalui zikir setiap masa & mengingatinya selalu. Dari segi lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya, dari segi penyampaian sangat mantap.

Fatwa Hati
Lagu: Azahari Abdul Rahman
Lirik: Idzhar Jumali

Lagu ini sangat unik kerana mereka bergandingan dengan artis yang berlainan genre iaitu dengan Jay Jay,. Lagu & lirik pun sangat best serta dapat di hayati dengan sebaiknya, dari segi penyampaian sangat mantap.

Sudahlah: 
Lagu/Lirik: Azahari Abdul Rahman

Sebuah lagu yang mengingatkan kita agar sentiasa melawan syaitan laknatullah dalam diri supaya kita tikdak terikut dengan kejahatan. Dari segi penyampaian sangat terbaik, lirik lagu pula sangat menarik & dapat di hayati dengan sebaiknya.

Selawat Untukmu
Lagu/Lirik: Azahari Abdul Rahman

Sebuah lagu yang berentak selawat ke atas baginda Nabi Muhammad SAW, sentiasalah kita alunkan tak kira di mana jua, di selitkan juga dengan lirik dalam bahasa melayu di situ. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya.

Aku Sayang Kamu
Lagu/Lirik: Azahari Abdul Rahman

Sebuah lagu yang mengajak kita agar sentiasa pesan berpesan kepada ahli keluarga agar sentiasa mengikuti perintahNya & menjauhi segala larangannya. Lagu & lirik sangat menarik serta dapat di hayati dengan sebaiknya, dari segi penyampaian sangat mantap. 

Saksi
Lagu/Lirik: Azahari Abdul Rahman

Lagu ini berkenaan dengan kalimah syahadah yang seringkali kita alunkan sebagai seorang hambaNya di muka bumi ini sehingga kita di panggil bertemu dengan maha pencipta. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Damai Di Sana
Lagu: Azahari Abdul Rahman
Lirik: ITO Lara

Sebuah lagu yang sangat sedih bila mendengarnya & ia di tujukan khas untuk Allahyarham Ahmad Firdaus Baharuddin @Bob. Lagu & lirik memang menyentuh hati serta perasaan, dari segi penyampaian sangat mantap & boleh tahu betapa sedihnya bila terasa kehilangan seorang sahabat.

Damai Yang Hilang 2014
Lagu: Mujahid Abdul Wahab
Lirik: ITO Lara

Sebuah lagu lama yang pastinya ramai tahu & hafal setiap liriknya, ia berkenaan dengan kedamaian yang di cari di atas muka bumi ini, bukannya peperangan atau huru hara. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu & lirik apatah lagi sangat terbaik bila dapat di hayati dengan sebaiknya, ada kelainan yang mereka bawakan dari yang asal. 

Fatwa Hati (Akustik) 

Lagu ini juga ada dalam versi akustik di track yang terakhir. 

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman album ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.
Share:

Ulasan Nasyid - Khaulah Al-Azwar Oleh PU Fendi, Shidee Khayran, Ustaz Fadhil Rahman & Alil


Tajuk: Khaulah Al-Azwar
Artis: PU Fendi, Shidee Khayran, Ustaz Fadhil Rahman & Alil
Tahun: 2023
Lagu/Lirik: Ustaz Huri

Ulasan: 

Lagu ini berkenaan dengan kisah seorang wanita yang cekal, berani dalam melawan musuh, ia di beri nama Khaulah, kehebatan sangat di kagumi semua & ia mengikut jejak langkah ayahnya iaitu Al-Azwar. Lagu ini juga khas untuk semua kaum wanita di seluruh dunia agar dapat mencontohi sifat keberanian Khaulah ini.

Dari segi penyampaian kesemuanya sangat mantap, lagu & lirik sangat menarik sehinggakan dapat di hayati dengan sebaiknya & video official pun kualiti sangat terbaik, secara keseluruhan memang tak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel youtube Inteam Digital.

https://youtu.be/Kkh0qp0cMZE
Share:

Ulasan Nasyid - Album Permata Hijjaz Oleh Hijjaz


Tajuk: Permata Hijjaz
Artis: Hijjaz
Tahun: 2010

Cover Album: 

Cover album sangat menarik, depan album dah nampak ahli2 Hijjaz di situ dengan tempat yang menarik, manakala liriknya pula di buat dalam bentuk buku supaya mudah untuk di lihat, dalam buku lirik ade lirik lagu yang di susun secara teratur, ucapan penghargaan dari setiap ahli kumpulan & di sebalik tabir pun ada bersama. Warna pula sangat menarik, kesemuanya menggunakan warna warni. Manakala muziknya pula untuk keseluruhan lagu kesemuanya di selitkan orkestra di situ.

Ulasan: 

Gurindam Berkasih
Lagu: Kamal Halim
Lirik: Ahmad Fedtri Yahya

Sebuah lagu yang berbentuk nasihat serta pesanan untuk kita semua agar sentiasa mengekalkan rasa berkasih sayang sesama kita. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu & lirik sangat berguna jika kita faham betul2.

Embun Hidayah
Lagu: Putra Aiman
Lirik: Pahrol Md Juoi

Lagu ini berkenaan dengan kehidupan manusia  di muka bumi ini, ia mengajak kita untuk bersatu tak kira apa jua bangsa, warna kulit & yang pasti hidayah yang di berikan oleh Allah itu perlu kita pegang sampai bila2. Dari segi penyampaian sangat terbaik, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya.

Satu Amanah
Lagu/Lirik: Faizal Os 

Lagu ini pula berkenaan dengan amanah yang di berikan oleh Allah SWT kepada hambanya di muka bumi ini agar dapat di gunakan dengan sebaiknya. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya.

Syukur PadaMu 
Lagu: Isman Isam
Lirik: Luqman S 

Sebuah lagu yang agak rancak, liriknya di mulakan dengan pujian kepadaNya di atas kurniaan kepada kita, banyak rintangan yang perlu kita lalui dalam kehidupan ini. Dari segi penyampaian sangat bersemangat bila dengar, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya.

Ratu Nil (Yukabit) 
Lagu: Munif Ahmad
Lirik: Atie

Sebuah lagu berkenaan dengan seorang wanita yang berani dalam menelamatkan seorang bayi lelaki dari di siksa oleh insan yang sangat zalim. Seperti yang kita ketahui ratu sungai Nil yang di maksudkan iaitu Asiah yang banyak berkorban & bayi kecil yang di maksudkan iaitu Nabi Musa AS. Salah satu sejarah dalam lagu ini yang perlu kita hayati dengan sebaiknya. Dari segi penyampaian sangat mantap.

Neraca Diri
Lagu: Ariffin Rahim
Lirik: Habsah Hassan

Lagu ini berkenaan dengan apa yang kita rasa dalam meniti perjalanan dalam kehidupan walaupun apa jua yang berlaku. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Ala Baladi
Lagu/Lirik: Copyright Control

Sebuah lagu yang dapat bahasa arab ni menceritakan dengan sungai Nil yang menjadi kebanggaan orang2 di sana, lagu ni sebenarnya lagu lama yang pernah di nyanyikan oleh kumpulan Nada Murni suatu ketika dulu. Dari segi penyampaian sangat terbaik & berjaya di beri nafas baru.

Engkau Insan Sempurna
Lagu: Munif Ahmad
Lirik: ITO Lara

Sebuah lagu yang sangat menarik, ia berkenaan dengan insan yang paling sempurna iaitu Rasulullah SAW, manakala kita sebagai umatnya yang perlu mengingatinya dengan berselawat ke atasnya. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Kekasih Agung
Lagu/Lirik: Copyright Control

Lagu ini juga berkenaan dengan kisah baginda Rasulullah SAW yang perlu kita ketahui, banyak kisah sejarah Islam yang perlu kita ambil sebagai contoh. Rentak lagu ni kalau siapa perasan ia di ambil dari lagu Cinta Agung oleh Qathrunnada. Lagu ini juga sebuah lagu lama sebenarnya. Dari segi penyampaian sangat terbaik, lagu & lirik juga sangat menarik.

Iman Islam Ehsan
Lagu: Isman Isam
Lirik: ITO Lara

Sebuah lagu yang mana liriknya berkenaan dengan kehidupan kita sebagai umat Islam, wajib berpegang kepada apa yang telah di tetapkan selepas mengucap 2 kalimah syahadah. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu pun agak rancak, liriknya dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Kalimah Utama
Lagu: Dakmie
Lirik: Zalikamari 

Sebuah lagu berkenaan dengan kalimah syahadah yang telah di lafazkan dari kita semua sebagai umat Islam di atas muka bumi ini. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu & lirik sangat terbaik, dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman album ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah
Share:

Ulasan Nasyid - Abu Bakar As-Siddiq Oleh Munsyideen


Tajuk: Abu Bakar As-Siddiq
Artis: Munsyideen
Tahun: 2023 
Lagu: Fadzli Far East
Lirik: ITO Lara

Ulasan: 

Lagu ini berkenaan dengan kisah khalifah pertama iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A yang merupakan sahabat yang paling rapat dengan baginda Rasulullah SAW, banyak kelebihan yang ada padanya & membolehkan kita contohinya.

Dari segi penyampaian dalam lagu ini sangat mantap, liriknya pula terbaik & dapat di hayati dengan sebaiknya, secara keseluruhan memang tak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel youtube: 

https://youtu.be/H1vo1_QgfT4
Share:

Ulasan Nasyid - Album Cuba Oleh Aidil


Tajuk: Cuba
Artis: Aidil
Tahun: 2011

Cover Album: 

Covernya pun menarik, dari depan, dalam, luar, belakang &. CD penuh dengan warna warni yang sangat menarik di situ. Susunan lirik lagu & di sebalik tabir di selitkan bersama dengan teratur, manakala ucapan penghargaan tiada di sertakan bersama. 

Ulasan: 

Cuba
Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun

Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang merasakan hidupnya terlalu payah untuk melakukan segalanya, namun sebenarnya tak susah untuk di lakukan. Dari segi penyampaian sangat mantap, liriknya pula sangat bermakna bila di hayati dengan sebaiknya.

Kira Engkau Tahu
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Pawaka & Hafiz Hamidun

lagu ini berkenaan dengan apa yang ada dalam diri kita sudah pasti Tuhan lebih mengetahuinya, itulah yang kita hadapinya sepanjang kehidupan di muka bumi ini. Dari segi penyampaian memang terbaik, lirik pula dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Di Dakap Cinta (Baitullah)
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Hafiz Hamidun & Aidil 

Lagu ini pula berkenaan dengan apa yang di rasa & ingin pergi ke tanah suci Mekah, itulah harapan & impian, yang dah pernah ke sana pasti merinduinya. Lagu & lirik sangat terbaik serta dapat di hayati dengan sebaiknya, dari segi penyampaian sangat mantap dengan penuh perasaan bila dengar. 

Ibarat Mujahadah
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Hafiz Hamidun & Wardah Safiah

Lagu ini berkenaan dengan kehidupan yang kita lalui di dunia ini, segalanya perlu di tempuhi dengan tabah dan sabar. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu & lirik best serta dapat di hayati dengan sebaiknya.

Aku Percaya
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Hafiz Hamidun & Bob Yusuf

Lagu ini berkenaan dengan setiap apa yang kita lalui & hadapi adalah satu ketentuan yang Tuhan berikan dengan begitu baik sekali. Lagu ini mereka berganding bersama dengan Bob Yusuf, sememangnya sangat mantap, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Apa Erti Cinta
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Atie 

Lagu ini mengajak kita untuk memahami apa erti cinta dalam kehidupan, ia sangat bermakna bila di fahami bait2 lirik lagu ini. Dari segi penyampaian sangat mantap & best, lirik pula dapat di hayati dengan sebaiknya.

Ku Yakin Berlaku
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: AD samad 

Lagu ini berkenaan dengan cinta & rindu kita kepada insan yang sangat bejasa kepada umatnya iaitu Rasulullah SAW. Lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya, menerusi lagu ini juga mereka bergandingan bersama Hafiz Hamidun, sangat terbaik bila dengar lagu ini.

Semua Ini
Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun

Lagu ini berkenaan dengan ujian yang Allah berikan kepada kita dalam menempuh kehidupan di dunia ini, semuanya ada hikmah di sebaliknya. Dari segi penyampaian sangat mantap, lirik pula dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman album ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah. 
Share:

Ulasan Nasyid - Keluarga Bahagia Oleh Siti Nordiana & Saujana


Tajuk: Keluarga Bahagia
Artis: Siti Nordiana & Saujana
Tahun: 2023 
Lagu/Lirik: Jef Hazimin 

Ulasan: 

Lagu ini berkenaan dengan impian anak yang menginginkan kebahagiaan dalam keluarganya melalui isi luahan hati & mengharapkan ia menjadi kenyataan. Seperti yang di ketahui umum lagu ini sudah menjangkau usia yang ke 26 tahun, semua dah mengetahui lagu ini. 

Dari segi penyampaian gandingan suara dalam lagu ini sangatlah padu serta mantap, lirik & lagu memang padu dari dulu sehingga kini, secara keseluruhan memang tak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel youtube: 

https://youtu.be/gmZjpFCqtjU
Share:

Ulasan Nasyid - Album Janji Oleh Hijjaz


Tajuk: Janji
Artis: Hijjaz
Tahun: 2013

Cover Album: 

Kalau di lihat di sini hampir keseluruhan cover album ini menggunakan warna hitam & dari latar belakang sampai ke baju, macam man in black gayanya. Susunan lirik, ucapan penghargaan, di sebalik tabir turut serta ada di dalamnya & sangat teratur.

Ulasan: 

Kau Pemilik Cinta
Lagu: Putra Aiman
Lirik: Atie

Sebuah lagu berkenaan dengan cinta sesama insan yang telah bergelar suami isteri yang sah selepas pernikahan, sangat unik lagu ini & sesuai di tujukan kepada pasangan. Dari segi penyampaian sangat bermakna serta terbaik, liriknya dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Janji Khalifah
Lagu: Manis Helma
Lirik: Atie

Sebuah lagu berkenaan dengan apa yang di janjikan oleh khalifah jika kita berbuat kebaikan di muka bumi ini makan Allah akan berikan ganjaran pahala yang berlipat ganda, di selitkan dengan alunan zikir Subhanallah di situ. Dari segi penyampaian sangat mantap & terbaik, liriknya pula dapat di hayati dengan sebaiknya.

Laukana Bainana 
Lagu/Lirik: Copyright Control

Sebuah lagu dalam bahasa arab ini merupakan lagu lama, pernah di popularkan oleh Abd Rahman Mohamed. Untuk versi Hijjaz pun sangat terbaik bila di dengar. Liriknya cukup bermakna. 

Hanyalah Iman
Lagu: Ariffin Rahim
Lirik: Hamsah Hassan 

Lagu ini berkenaan dengan kehidupan kita di dunia ini agar sentiasa tetapkan iman di hati & menghindari diri dari hasutan syaitan, ia juga di selitkan Ziki Hasbi Rabbi di situ. Dari segi penyampaian sangat terbaik, lagunya juga menarik, liriknya dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Pemimpin 3 Darjat
Lagu: Putra Aiman
Lirik: Abu Nizam 

Sebuah lagu lama yang pernah di nyanyikan oleh kumpulan Nada Murni suatu ketika dulu & kini di beri nafas baru oleh Hijjaz, ia berkenaan dengan impian rakyat yang mahukan pemimpin terbaik di muka bumi ini, liriknya juga ada yang telah di ubah suai, lagu & lieik sangat mantap. 

Penghulu Syurga
Lagu/Lirik: Abai Os

Sebuah lagu berkenaan dengan sejarah Islam iaitu tentang wanita bergelar bidadari di syurga sana, di selitkan dengan alunan selawat ke atas nabi, sangat menarik lirik & lagunya, lontaran vokal sangat terbaik.

Harapan Ummah
Lagu/Lirik: Copyright Control

Sebuah lagu lama yang pernah di nyanyikan oleh kumpulan El- Suraya satu ketika dulu, tajuk asal Pejuang Islam, liriknya berkenaan pejuang2 Islam yang berjuang di jalan Allah demi menegakkan agama Islam di atas muka bumi ini. Lagu ini berjaya di beri nafas baru oleh Hijjaz. 

Akulah Pencinta 
Lagu: Abai Os
Lirik: Atie

Lagu ini berkenaan dengan pengharapan seorang hamba kepada Tuhannya agar dapat menerima sebagai hambaNya di muka bumi ini. Dari segi penyampaian sangat mantap & best, lirik pula dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Pemuda Langkah
Lagu: Putra Aiman
Lirik: Atie

Sebuah lagu yang sangat sesuai di jadikan sebagai lagu motivasi kerana ia berkenaan dengan perjalanan insan dalam menggapai cita2 yang di impikan selama ini. Lontaran vokal sangat mantap, liriknya dapat di hayati dengan sebaiknya.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman album ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah
Share:

Ulasan Nasyid - Album Nota Cinta Oleh Saujana


Tajuk: Nota Cinta
Artis: Saujana
Tahun: 2010

Cover Album: 

Kalau di lihat pada keseluruhan cover album ni sangat meriah dengan warna warni yang agak terang serta ceria di buatnya, susunan lirik agak kemas, ucapan penghargaan dari setiap ahli & di sebalik tabir pun ada bersama, di belakangnya pula ada senarai tajuk lagu, CD pun sama berwarna warni juga.

Ulasan: 

Nota Cinta
Lagu/Lirik: Nino 

Lagu ini berkenaan dengan cinta kita kepada Allah & kita dapat meluahkan rasa cinta itu terhadapNya. Dari segi penyampaian sangat terbaik, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya.

Titik Ajaib
Lagu: Nino
Lirik: Jef Hazimin 

Lagu ini berkenaan dengan perjuangan & cita2 yang di impikan demi meneruskan kehidupan walau apa jua rintangan yang dihadapi. Dari wegi penyampaian sangat mantap & bertenaga sekali, lagu ini juga boleh di jadikan sebagai lagu motivasi kepada semua. 

Hasbi Rabbi
Lagu/Lirik: Copyright Control

Zikir Hasbi Rabbi ini sememangnya semua dah hafal lirik & lagunya, namun untuk versi Saujana tak kurang hebatnya secara Acapela.

Jika Terakhir Buatku
Lagu/Lirik: Putra Aiman

Sebuah lagu yang sangat menyentuh hati juga perasaan bila mendengarnya kerana ia berkenaan dengan insan yang merayu kepada Tuhan agar di beri peluang untuk bertaubat sebelum tiba masa untuk tinggalkan dunia ini. Dari segi penyampaian boleh di rasakan apa yang di luahkan dalam lagu ini, liriknya dapat di hayati dengan sebaiknya & vokal smuanya mantap.

Inang Anak Perantau
Lagu: Manis Helma 
Lirik: Atie 

Sebuah lagu yang berentak inang yang menceritakan tentang kerinduan warga kota kepada kampung halaman, teringatkan kisah2 menggamit kenangan ketika di kampung, lagu ini sangat sesuai bila datangnya musin perayaan & sebagainya ketika mahu pulang ke kampung bertemu insan tersayang. Dari segi penyampaian sangat mantap serta liriknya dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Ya Muhaiminu Ya Salam
Lagu/Lirik: Copyright Control

Sebuah lagu lama dalam bahasa arab ni sangat best walaupun masanya hanya seminit lebih, liriknya pun best juga. Mereka menyanyikannya secara acapela.

Patah Hati
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fedtri Yahya

Sebuah lagu yang menceritakan tentang seorang insan yang putus harapan dalam kehidupan, sudah pasti banyak perkara buruk akan berlaku, namun segeralah ubah agar tidak memakan diri sendiri kelak. Dari segi penyampaian sangat bermakna bila mendengarnya, dapat di hayati dengan sebaiknya.

Khabar Dari Langit
Lagu: Manis Helma
Lirik: Atie 

Lagu ini berkenaan dengan sebuah perjuangan yang akan di teruskan demi mendapatkan apa yang ingin di ketahuinya di sana. Dari segi penyampaian sangat terbaik, liriknya pula dapat di hayati dengan sebaiknya, lagunya pun menarik.

Tausyeh Sika
Lagu/Lirik: Copyright Control

Lagu ini juga lagu lama berentak padang pasir, lirik arab & maknanya sangat menarik, versi mereka ini juga sangat terbaik & dapat di hayati dengan sebaiknya.

Ishtaqna
Lagu: Putra Aiman
Lirik: Atie & Hafiz Fandani

Sebuah lagu yang bertemakan Rasulullah di sampaikan oleh mereka, lirik mula dalam bahasa arab , kemudian di ikuti dengan lirik bahasa melayu. Dasi segi penyampaian sangat rancak & menarik.

Kembara
Lagu/Lirik: Abai Os

Sebuah lagu berkenaan dengan kehidupan kita di dunia ini & seringkali kita impikan kehidupan di syurga nanti serta membayangkan apa yang ada di sana. Lagunya sangat menarik & lirik pula dapat di hayati dengan sebaiknya.

Zikir Munajat
Lagu/Lirik: Copyright Control

Alunan zikir Munajat yang sangat menarik kerana rentak lagunya lain dari yang lain, di selitkan dengan maknanya sekali, penyampaian sangat mantap.

Sifatullah
Lagu: Adi
Lirik: Adi & Copyright Control

Lagu ini berkenaan dengan sifat 20 yang wajib kita ketahui, rentak lagu pun lain dari yang lain, juga di selitkan juga lirik dalam bahasa Inggeris. Sangat sesuai untuk sesiapa sahaja bila mendengarnya.

sepohon Kayu Daunnya Rimbun
Lagu/Lirik: Copyright Control

Sebuah lama yang ramai sudah tahu & hafal liriknya, ia berkenaan dengan solat yang wajib kita lakukan setiap hari 5 waktu. Dari segi penyampaian pun menarik juga.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman album ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya
Share:

Ulasan Nasyid - Selimut Kasih Oleh Inteam


Tajuk: Selimut Kasih
Artis: Inteam
Tahun: 2022
Lagu: Syah Inteam 
Lirik: Ahmad Fedtri Yahya

Ulasan: 

Sebuah lagu yang di tujukan khas buat mangsa2 di kem pelarian di Syria, mereka juga di uji dengan cuaca yang terlampau kesejukan & memerlukan bantuan dari kita semua.

Dari segi penyampaian sangat mantap, melodi lagu juga terbaik & liriknya bila di hayati memang menyentuh hati juga perasaan, secara keseluruhan memang tak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel youtube: 

https://youtu.be/Zbw29xPYnas
Share:

Ulasan Nasyid - Temukan Kita Dua Kali Oleh Fadzli Far East


Tajuk: Temukan Kita Dua Kali
Artis: Fadzli Far East
Tahun: 2022
Lagu: Fadzli Far East
Lirik: Hazalinda Harus 

Ulasan: 

Lagu ini berkenaan dengan pertemuan insan dalam percintaan sebagai suami isteri di alam rumahtangga selepas berkahwin,setiap pasangan mengharapkan hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat & dapat di pertemukan kali kedua di alam sana.

Darisegi penyampai dalam lagu ini sangat terbaik bila di dengar, liriknya pula padu & dapat di hayati dengan sebaiknya, secara keseluruhan memang tak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah ....

Tonton video ini di channel youtube: 

https://youtu.be/CGh4MyEGkls
Share:

Ulasan Nasyid - Kasihmu Guru Oleh Ustaz Huri, Shidee Khayran, Toha & Safari


Tajuk: Kasihmu Guru
Artis: Ustaz Huri, Shidee Khayran, Toha & Safari 
Tahun: 2023 
Lagu/Lirik: Ustaz Huri

Ulasan: 

Sebuah lagu yang sangat bermakna khas untuk insan bergelar sebagai guru, jasanya sungguh tak terbalas sehingga ke hari ini. Dari segi penyampaian sangat mantap serta di undang juga 4 penyanyi cilik yang sangat berbakat, dari segi lirik & lagu sangat menarik & dapat di hayati dengan sebaiknya, secara keseluruhan memang tak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel youtube:

https://youtu.be/t4FFcNudIs8
Share:

Album Nasyid Semulia Ramadhan Seindah Lebaran Sudah menjangkau Usianya Yang Ke 21 Tahun


Album Semulia Ramadhan Seindah Lebaran yang menampilkan artis2 nasyid bawah naungan Hijjaz Record & edaran oleh NAR Record, album ini di terbitkan pada tahun 2002 & terdapat dalam bentuk kaset, CD pada ketika itu.

Artis yang terlibat dalam album tersebut memang tidak asing lagi iaitu Hijjaz, Inteam, UNIC & Ae-Man.

Antara yang terkandung dalam album ini

1. Ayat Al-Quran
2. Narration
3. Kemuliaan Ramadhan (Inteam & UNIC)
4. Narration 2
5. Muhasabah Ramadhan (UNIC) 
6. Narration 3
7. Di Suatu Hari Raya (Inteam & UNIC)
8. Narration 4
9. Zapin Hari Raya (Inteam & UNIC)
10. Narration 5
11. Hari Ini Hari Raya (Ae-Man)
11. Narration 6 
12. Kemaafan Di Aidilfitri (Inteam) 
13. Narration 7 
14. Sekuntum Kemboja Yang Gugur (Hijjaz)
15. Takbir Raya 

Album ini sangat menarik bagi sesiapa yang pernah memilikinya suatu ketika dulu & masih segar lagu2nya. 
Share:

Ulasan Nasyid - Bismillahir Rahmanir Rahim Oleh Zawfan feat Nazrey Johani


Tajuk: Bismillahir Rahmanir Rahim 
Artis: Zawfan feat Nazrey Johani
Tahun: 2023
Lagu/Lirik: Sir Muhammad & Hafiz Tarmizi 

Ulasan: 

Sebuah lagu yang agak ringkas yang mana liriknya mudah di hafal oleh sesiapa saja yang mendengarkannya. Lagu ini berkenaan dengan kehidupan kita sebagai manusia, setiap apa yang kita lakukan mestilah di mulakan dengan Bismillah tak kira di mana jua.

Dari segi penyampaian sangat mantap, muziknya 100% menggunakan alat perkusi & sangat menarik. Secara keseluruhannya memang tak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah d ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah 

Tonton video lirik ini di channel youtube

https://youtu.be/E6p_SeUCprk
Share:

Ulasan Nasyid - Kasihku Abadi 2023 Oleh Inteam feat Ezad Lazim


Tajuk: Kasihku Abadi 2023 
Artis: Inteam feat Ezad Lazim
Tahun: 2023
Lagu: Munif Ahmad 
Lirik: Lukhman S

Ulasan: 

Lagu ini berkenaan dengan cinta sesama insan yang inginkan kebahagiaan sebagai suami isteri dalam kehidupan berumahtangga, banyak perkara yang perlu di harungi bersama.

Dari segi penyampaian sememangnya mantap & agak santai bila mereka bergandingan dalam lagu ini, muziknya pula ada kelainan dari yang sebelumnya, lagu & lirik memang terbaik serta dapat di hayati dengan sebaiknya, secara keseluruhan memang tak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah d ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel youtube

https://youtu.be/sfbGENOnBp0
Share:

Ulasan Nasyid - Rintihanku Oleh Gau Nasheed feat Angah Umar


Tajuk: Rintihanku
Artis: Gau Nasheed feat Angah Umar 
Tahun: 2023
Lagu/ Lirik: Imtiaz Simfoni

Ulasan: 

Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang tak tahu arah dalam kehidupannya, lalu dia segera memohon kepada Allah agar mendengar segala rintihan & mengampunkan segala doasa2nya yang lalu.

Dari seg susunani lirik memang terbaik, penyampaian dalam menyanyikan lagu ini dapat di hayati dengan sebaiknya, lontaran vokal semuanya mantap. Secara keseluruhannya memang tak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini & teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel youtube

https://youtu.be/3LYRi3tIOtc
Share:

Hari Radio Sedunia


Selamat hari radio sedunia buat smua penyampai radio tak kira sama ada secara mainstream atau secara online, hari radio sedunia jatuh pada 13 Februari setiap tahun....

Alhamdulillah, Nasheedfm tak terkecuali berada dalam kategori radio walau pun aktif secara online sepenuhnya....

Terima kasih tak terhingga buat semua yang sudi dengarkan radio Nasheedfm tak kira di mana jua anda berada....
Share:

Ulasan Nasyid - Sepohon Kayu 25 Tahun Oleh Saujana


Tajuk: Sepohon Kayu 25 Tahun
Artis: Saujana
Tahun: 2023 
Lagu/Lirik: Copyright Control

Ulasan: 

Lagu ini sepertimana yang kita tahu ia berkenaan dengan kewajiban kita dalam hidup seharian iaito dengan solat 5 waktu sehari semalam, lagu ini sudah lama wujud & rqmai di kalangan kita yang dah hafal liriknya.

Dari segi susunan muzik ada kelainan dari yang sebelumnya, banyak perubahan yang di lakukan bagi menarik pendengar, ia lebih srgar. Vokal nyanyian pun ada kelainan juga & di tambah pula dengan rap yang di selitkan di situ. Secara keseluruhannya memang tak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel youtube.

https://youtu.be/lnDaXDoZogw
Share:

Ulasan Nasyid - Kembara Hijrah Oleh Munsyideen feat Azwan Far East


Tajuk: Kembara Hijrah
Artis: Munsyideen feat Azwan Far East
Tahun: 2019 
Lagu/Lirik: Selimut Sura 

Ulasan: 

Lagu ini berkenaan dengan penghijrahan dalam kehidupan kita sebagai manusia di dunia ini sebagai contoh dari berfikiran negatif kepada yang positif, dari kejahatan kepada kebaikan, itulah yang di maksudkan, begitu juga sepertimana yang kita tahu bahawa Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah untuk menegakkan agama Islam.

Lagu ini berentak padang pasir, susunan muzik ada unsur arab di selitkan juga, tak terkecuali atas alat perkusi sekali serta dengan muzik moden. Rentak lagu memang mantap, paduan suara sememangnya hebat2 semuanya, lrik pula dapat di hayati dengan sebaiknya & secara keseluruhan memang tak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel youtube.

https://youtu.be/JTlrGaxOmTY
Share:

Ulasan Nasyid - Bangkit Oleh Khayran


Tajuk: Bangkit
Artis: Khayran 
Tahun: 2022
Lagu/Lirik: Am Khayran

Ulasan: 

Lagu ini mengajak kita semua untuk bangkit meneruskan perjuangan walau apa jua rintangan yang dihadapi, sebuah lagu yang menjadikan kita untuk terus bersemangat.

Dari segi susunan muzik memang menyegarkan, lagu pun best bila dengar, di serikan pula dengan rap dalam lagu ini, vokal kesemua ahli kumpulan memang tak di nafikan sangat mantap. Boleh di katakan secara keseluruhan memang tak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video lirik lagu ini di channel youtube.

https://youtu.be/4y5oGXoaADQ
Share:

Ulasan Nasyid - Puteriku Sayang 2022 Oleh Munif Hijjaz


Tajuk: Puteriku Sayang 2022
Artis: Munif Hijjaz
Tahun: 2021
Lagu: Munif Hijjaz
Lirik: Ustaz Mohd Nasib Zawawi 

Ulasan: 

Lagu ini khas di tujukan buat semua kaum wanita di muka bumi ini, tak kira ia anak perempuan, ibu & isteri buat para suami. Lagu ini pernah di muatkan dalam album ke 2 Hijjaz yang berjudul KeizinanMu pada tahun 1998, kali ke 2 lagu ini berkolabrasi bersama Mestica & di muatkan dalam album Layar Keinsafan pada tahun 2005, yang terbaru lagu ini berjaya di nyanyikan secara solo.

Dari segi susunan muzik memang nampak ada kelainan dari sebelum2 ini, manakala lontaran suara memang tak di nafikan sangat mantap & best, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel youtube.

https://youtu.be/y5AaW9Tpkb0
Share:

Ulasan Nasyid - Hulurkan Tangan Oleh Wildan


Tajuk: Hulurkan Tangan
Artis: Wildan
Tahun: 2023 
Lagu: Amin Nordin 
Lirik: Dato' Iskandar & Zaidi Wildan

Ulasan: 

Lagu ini mengajak kita semua untuk membantu dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan di kala berada dalam kesusahan & sebagainya, sama2lah kita bekerjasama agar dapat meringankan beban mereka.

Dari segi susunan muzik memang agak mantap, lontaran suara semua padu, susunan lagu best & lirik pula dapat di hayati dengan sebaiknya. Secara keseluruhannya memang tak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel youtube.

https://youtu.be/DN8N3CcD2hs
Share:

Ulasan Nasyid - Anugerah Oleh Saff One feat Razin Mestica


Tajuk: Anugerah 
Artis: Saff One feat Razin Mestica 
Tahun: 2022
Lagu: Nasation & Qhalid Saff One
Lirik: Nasation & Romzi Ishak

Ulasan

Lagu ini berkenaan dengan kehidupan insan di dunia ini, anugerah yang paling berharga buat kita semua di muka bumi semuanya kurniaan dari Allah SWT l. Lagu ini asalnya pernah dinyanyikan oleh kumpulan Nahwan Nur suatu ketika dulu.

Dari segi susunan muzik memang agak berlainan dari yang asal, lirik & lagu pula ada penambahan di situ, paduan suara bila berkolabrasi dalam lagu ini sangatlah terbaik serta padu bila dengar. Susunan lirik juga mantap & dapat di hayati dengan sebaiknya.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah

Tonton video ini di channel youtube: 

https://youtu.be/IIL4i4jUWY0
Share:

Ulasan Nasyid - Hanya Sedetik Oleh Saff One


Tajuk: Hanya Sedetik
Artis: Saff One
Tahun: 2022
Lagu/lirik: Akmal Mustafa

Ulasan: lagu ini merupakan salah satu lagu motivasi untuk kita semua agar terus bangkit meneruskan perjuangan walsu apa jua rintangan yang dihadapi.

Dari segi susunan muzik memang segar & mantap, vokal paduan suara kesemua ahli kumpulan sememangnya hebat, lirik pula dapat di hayati dengan sebaiknya, secara keseluruhan memang tak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel youtube.

https://youtu.be/yodSm1j14OM
Share:

Ulasan Nasyid - Ku Keliru Oleh Munif Hijjaz feat Rabithah


Tajuk: Ku Keliru
Artis: Munif Hijjaz feat Rabithah
Tahun: 2022
Lagu/Lirik: Munif Hijjaz & Mustaqim

Ulasan: 

Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang mencari jalan untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini, namun dia tak tahu arah & keliru bagaimana ingin mencari jalan penyelesaian. Akhirnya segera memohon doa kepadaNya agar di kuatkan hati & diri untuk keluar dei kekeliruan yang melanda dirinya.

Dari segi susunan muzik memang segar, sesuai dengan peredaran zaman sekarang bagi menarik generasi muda, paduan suara oleh Rabithah & saudara Munif Hijjaz pun tak kurang hebatnya, melodinya pun best & liriknya dapat di hayati dengan sebaiknya. Secara keseluruhannya memang tak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel youtube.

https://youtu.be/i8S8XdraKuY
Share:

Ulasan Nasyid - Junjungan Kasih Oleh Shidee Khayran feat Mizie Kamis


Tajuk: Junjungan Kasih 
Artis: Shidee Khayran feat Mizie Kamis
Tahun: 2023
Lagu/Lirik: Ustaz Huri Aliaa

Ulasan: 

Lagu ini berkenaan dengan kerinduan kita kepada insan yang sangat istimewa, rindunya tak terkata bila kita sering mengingatinya selalu dengan berselawat ke atasnya setiap masa. Insan yang di maksudkan itu Nabi Muhammad SAW.

Dari segi susunan muzik pun sangat mantap, di gandingkan pula dengan 2 gabungan suara tersangat padu bila dengar. Dari segi liriknya dapat di hayati dengan sebaiknya & secara keseluruhan memang tak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel youtube.

https://youtu.be/kFMByZFGLpM
Share:

Ulasan Nasyid - Ya Habibi Oleh Simfoni


Tajuk: Ya Habibi 
Artis: Simfoni 
Tahun: 2022 
Lagu/Lirik: Halim Ahmad 

Ulasan: 

Lagu ini juga berkenaan dengan Rasulullah SAW, permulaan pada lagu ini di mulakan dengan selawat ke atas baginda, lirik seterusnya menceritakan tentang jasa2 baginda dalam kehidupannya bagi memandu umat ke jalan yang benar. Dari segi penyampaian dalam lagu ini tersangat padu, vokal kesemua ahli kumpulan pun mantap juga, susunan muzik telah di ubah suai menjadi lebih segar. Lagu ini asalnya pernah di nyanyikan oleh Idris Shamsuddin serta tajuk sebelum ini berjudul Kemuliaan.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah

Tonton video ini di channel youtube.

https://youtu.be/LoffXcXiLSM
Share:

Ulasan Nasyid - Ya Badrattamam Oleh Penyampai Radio IKIMfm


Tajuk: Ya Badrattamam
Artis: Penyampai Radio IKIMfm
Tahun: 2022
Lagu: Ustaz Amal
Lirik: Ustaz Amal, Suffian Amrin & DJ Faiz

Ulasan: 

Lagu ini asalnya liriknya dalam bahasa arab sepenuhnya & di nyanyikan oleh Ustaz Amal dalam album Syafaat. Akhirnya lagu ini berjaya di beri nafas baru oleh penyampai radio IKIMfm iaitu Dj Pyan, Dj Erwan, DJ Faiz & DJ Syafiq Salleh. Liriknya pun telah di ubah suai, 2 rangkap lirik arab masih kekal & lirik dalam bahasa melayu ada bersama dalam lagu ini serta di iringi dengan selawat ke atas baginda Rasulullah SAW. 

Dari segi penyampaian kesemuanya sangat mantap & terbaik, gabungan muzik pula ada alat perkusi, muzik moden serta muzik orkestra sekali.

Ucapan:

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel youtube.

https://youtu.be/rQVds8Ee5rk
Share:

Ulasan Nasyid - Sinar Kelahiran Oleh Cahaya Hati feat Seedrain


Tajuk: Sinar Kelahiran
Artis: Cahaya Hati feat Seedrain
Tahun: 2022
Lagu/Lirik: Muhammad Jamal

Ulasan: 

Lagu ini berkenaan kelahiran insan yang kita cintai iaitu Nabi Muhammad SAW, kelahirannya membawa sinar terindah buat semua umat di dunia ini dalam menegakkan agama Islam. Dari segi penyampaian kedua kumpulan ini sangat mantap, dalam lagu ini juga mengajak kita semua berselawat ke atas baginda, susunan muzik pun mantap, vokal tak pernah mengecewakan.

Ini adalah single kedua oleh Cahaya Hati & Seedrain selepas mereka berjaya berkolabrasi untuk single pertama yang berjudul Hari Raya Kita.  

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini & teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel youtube.

https://youtu.be/uA-I3rK2pAc
Share:

Dengarkan

Nasyid Sekarang
Memuat Turun ...

Nasyid Tersiar

Loading ...

Visitor

Contact

For more information please e-mail nasyidfm.iradio(a)gmail.com

Blog Archive

Teman Blog

Pengikut