Pages

Ulasan Nasyid - Linangan Laduni Oleh Darwish

 
Tajuk: Linangan Laduni
Artis: Darwish 
Tahun: 2021 
Lagu: Harry Khalifah 
Lirik: Yabang Khalifah 

Ulasan: 
“Lagu yang berjudul Linangan Laduni ini mengisahkan tentang amanah yang perlu dipikul oleh seorang suami terhadap isterinya sejurus selepas melafazkan akad nikah. “Aku terima nikah...” – Ayat ini mungkin nampak mudah untuk dilafazkan tetapi ia membawa maksud yang amat besar dan bermakna buat pasangan suami isteri, khususnya pada suami yang akan memimpin sebuah rumah tangga dan keluarga.”
“Video Muzik lagu ini juga menampilkan nama-nama besar dalam industri seperti Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana, Fauziah Nawi dan Hazamin Inteam. Video Muzik lagu ini memaparkan tentang kisah kehidupan yang selalu berlaku dalam kalangan suami isteri, yang mana pasti akan bermula dengan kebahagiaan ketika awal perkahwinan. Akan tetapi apabila sudah lama berkahwin, tentu akan mula timbul konflik dan salah faham antara mereka.”

“Dalam lagu ini memaparkan konflik yang berlaku di antara suami isteri yang kemudiannya diakhiri dengan ‘happy ending’ yang mana suami akan datang memujuk isteri di atas kekhilafan yang berlaku. 

Dari segi vokal yang di lontarkan oleh mereka sangat terbaik & tak pernah mengecewakan & muziknya pula amat segar sekali

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam penerbitan lagu ini, moga perjuangan ini dapat di teruskan hingga ke akhir hayat amin ya Allah.

Tonton video ini di channel youtube.

https://youtu.be/a0xm5aqA2Kg
Share:

0 komen:

Dengarkan

Nasheed Request

Visitor

Follow E-mail

Contact

For more information please e-mail nasyidfm.iradio(a)gmail.com

Pengikut