Pages

Ulasan Nasyid - Album Cuba Oleh Aidil


Tajuk: Cuba
Artis: Aidil
Tahun: 2011

Cover Album: 

Covernya pun menarik, dari depan, dalam, luar, belakang &. CD penuh dengan warna warni yang sangat menarik di situ. Susunan lirik lagu & di sebalik tabir di selitkan bersama dengan teratur, manakala ucapan penghargaan tiada di sertakan bersama. 

Ulasan: 

Cuba
Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun

Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang merasakan hidupnya terlalu payah untuk melakukan segalanya, namun sebenarnya tak susah untuk di lakukan. Dari segi penyampaian sangat mantap, liriknya pula sangat bermakna bila di hayati dengan sebaiknya.

Kira Engkau Tahu
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Pawaka & Hafiz Hamidun

lagu ini berkenaan dengan apa yang ada dalam diri kita sudah pasti Tuhan lebih mengetahuinya, itulah yang kita hadapinya sepanjang kehidupan di muka bumi ini. Dari segi penyampaian memang terbaik, lirik pula dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Di Dakap Cinta (Baitullah)
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Hafiz Hamidun & Aidil 

Lagu ini pula berkenaan dengan apa yang di rasa & ingin pergi ke tanah suci Mekah, itulah harapan & impian, yang dah pernah ke sana pasti merinduinya. Lagu & lirik sangat terbaik serta dapat di hayati dengan sebaiknya, dari segi penyampaian sangat mantap dengan penuh perasaan bila dengar. 

Ibarat Mujahadah
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Hafiz Hamidun & Wardah Safiah

Lagu ini berkenaan dengan kehidupan yang kita lalui di dunia ini, segalanya perlu di tempuhi dengan tabah dan sabar. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu & lirik best serta dapat di hayati dengan sebaiknya.

Aku Percaya
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Hafiz Hamidun & Bob Yusuf

Lagu ini berkenaan dengan setiap apa yang kita lalui & hadapi adalah satu ketentuan yang Tuhan berikan dengan begitu baik sekali. Lagu ini mereka berganding bersama dengan Bob Yusuf, sememangnya sangat mantap, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Apa Erti Cinta
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Atie 

Lagu ini mengajak kita untuk memahami apa erti cinta dalam kehidupan, ia sangat bermakna bila di fahami bait2 lirik lagu ini. Dari segi penyampaian sangat mantap & best, lirik pula dapat di hayati dengan sebaiknya.

Ku Yakin Berlaku
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: AD samad 

Lagu ini berkenaan dengan cinta & rindu kita kepada insan yang sangat bejasa kepada umatnya iaitu Rasulullah SAW. Lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya, menerusi lagu ini juga mereka bergandingan bersama Hafiz Hamidun, sangat terbaik bila dengar lagu ini.

Semua Ini
Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun

Lagu ini berkenaan dengan ujian yang Allah berikan kepada kita dalam menempuh kehidupan di dunia ini, semuanya ada hikmah di sebaliknya. Dari segi penyampaian sangat mantap, lirik pula dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman album ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah. 
Share:

0 komen:

Dengarkan

Nasyid Sekarang
Memuat Turun ...

Nasyid Tersiar

Loading ...

Visitor

Contact

For more information please e-mail nasyidfm.iradio(a)gmail.com

Pengikut