Pages

Ulasan Nasyid - Album Janji Oleh Hijjaz


Tajuk: Janji
Artis: Hijjaz
Tahun: 2013

Cover Album: 

Kalau di lihat di sini hampir keseluruhan cover album ini menggunakan warna hitam & dari latar belakang sampai ke baju, macam man in black gayanya. Susunan lirik, ucapan penghargaan, di sebalik tabir turut serta ada di dalamnya & sangat teratur.

Ulasan: 

Kau Pemilik Cinta
Lagu: Putra Aiman
Lirik: Atie

Sebuah lagu berkenaan dengan cinta sesama insan yang telah bergelar suami isteri yang sah selepas pernikahan, sangat unik lagu ini & sesuai di tujukan kepada pasangan. Dari segi penyampaian sangat bermakna serta terbaik, liriknya dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Janji Khalifah
Lagu: Manis Helma
Lirik: Atie

Sebuah lagu berkenaan dengan apa yang di janjikan oleh khalifah jika kita berbuat kebaikan di muka bumi ini makan Allah akan berikan ganjaran pahala yang berlipat ganda, di selitkan dengan alunan zikir Subhanallah di situ. Dari segi penyampaian sangat mantap & terbaik, liriknya pula dapat di hayati dengan sebaiknya.

Laukana Bainana 
Lagu/Lirik: Copyright Control

Sebuah lagu dalam bahasa arab ini merupakan lagu lama, pernah di popularkan oleh Abd Rahman Mohamed. Untuk versi Hijjaz pun sangat terbaik bila di dengar. Liriknya cukup bermakna. 

Hanyalah Iman
Lagu: Ariffin Rahim
Lirik: Hamsah Hassan 

Lagu ini berkenaan dengan kehidupan kita di dunia ini agar sentiasa tetapkan iman di hati & menghindari diri dari hasutan syaitan, ia juga di selitkan Ziki Hasbi Rabbi di situ. Dari segi penyampaian sangat terbaik, lagunya juga menarik, liriknya dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Pemimpin 3 Darjat
Lagu: Putra Aiman
Lirik: Abu Nizam 

Sebuah lagu lama yang pernah di nyanyikan oleh kumpulan Nada Murni suatu ketika dulu & kini di beri nafas baru oleh Hijjaz, ia berkenaan dengan impian rakyat yang mahukan pemimpin terbaik di muka bumi ini, liriknya juga ada yang telah di ubah suai, lagu & lieik sangat mantap. 

Penghulu Syurga
Lagu/Lirik: Abai Os

Sebuah lagu berkenaan dengan sejarah Islam iaitu tentang wanita bergelar bidadari di syurga sana, di selitkan dengan alunan selawat ke atas nabi, sangat menarik lirik & lagunya, lontaran vokal sangat terbaik.

Harapan Ummah
Lagu/Lirik: Copyright Control

Sebuah lagu lama yang pernah di nyanyikan oleh kumpulan El- Suraya satu ketika dulu, tajuk asal Pejuang Islam, liriknya berkenaan pejuang2 Islam yang berjuang di jalan Allah demi menegakkan agama Islam di atas muka bumi ini. Lagu ini berjaya di beri nafas baru oleh Hijjaz. 

Akulah Pencinta 
Lagu: Abai Os
Lirik: Atie

Lagu ini berkenaan dengan pengharapan seorang hamba kepada Tuhannya agar dapat menerima sebagai hambaNya di muka bumi ini. Dari segi penyampaian sangat mantap & best, lirik pula dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Pemuda Langkah
Lagu: Putra Aiman
Lirik: Atie

Sebuah lagu yang sangat sesuai di jadikan sebagai lagu motivasi kerana ia berkenaan dengan perjalanan insan dalam menggapai cita2 yang di impikan selama ini. Lontaran vokal sangat mantap, liriknya dapat di hayati dengan sebaiknya.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman album ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah
Share:

0 komen:

Dengarkan

Nasyid Sekarang
Memuat Turun ...

Nasyid Tersiar

Loading ...

Visitor

Contact

For more information please e-mail nasyidfm.iradio(a)gmail.com

Pengikut