Pages

Carta 114 Ketengahkan Irama Nasyid & Lagu Ketuhanan


Irama nasyid semakin berkembang & meriah dengan kehadiran lagu2 yang berunsur ketuhanan & islamik yang telah di sampaikan oleh pejuang2 nasyid khususnya. 

Akhirnya TV Al Hijrah mula menerbitkan satu rancangan khas untuk ketengahkan artis2 nasyid menerusi lagu dalam kedudukan carta yang di beri nama Carta 114, rancangan ini mula bersiaran pada 11 Februari 2023 & pengacaranya iaitu saudara Jalal Zaiki.

Setelah 47 minggu Carta 114 di siarkan dengan 74 buah lagu yang berada dalam kedudukan dari pencalonan, kedudukan sehingga ada yang tersingkir, akan tetapi ia tak mematahkan semangat untuk mereka meneruskan perjuangan sehingga ke tahap ini.

Setelah di teliti hasil dari undian oleh peminat nasyid, akhirnya malam tadi 13 Januari 2024 telah menjadi saksi oleh semua iaitu 6 finalis yang layak ke pentas akhir iaitu Nazrey Johani feat One Path, Shidee Khayran, Fitri Haris, Ustaz 3 Beradik, Darwish & Inteam, di bawah ini kategori yang terpilih.

LAGU2 YANG TERPILIH UNTUK KE ANUGERAH CARTA 114 BAGI MUSIM PERTAMA : 

Susunan Muzik Terbaik: Laila Majnun - Nazrey Johani feat One Path 
Muzik Video Terbaik: Hanya Kamu - Fitri Haris 
Lirik Terbaik: Si Bujur Sireh - Ustaz 3 Beradik 
Artis Solo Terbaik - Hadirmu - Shidee Khayran 
Artis Berkumpulan Terbaik: Selimut Kasih -Inteam 
Artis Pilihan Peminat: Linangan Laduni - Darwish 

Setiap persembahan yang di sampaikan sangat terbaik oleh semua finalis, paling tersentuh iaitu lagu Si Bujur Sireh oleh Ustaz 3 Beradik, manakala lagu Selimut Kasih oleh kumpulan Inteam pula di sampaikan oleh saudara Hisyam secara solo kerana ahli yang lain berada di Lubnan untuk misi bantuan kemanusiaan musim sejuk di sana. Manakala persembahan dari Shidee Khayran pun tak kurang hebatnya dengan lagu Hadirmu, persembahan dari kumpulan Darwish pula dengan lagu Linangan Laduni yang mana mereka mulakan dengan selawat Taslim (selawat pengantin), lagu Laila Majnun pun mantap jugak kerana di bawa oleh kumpulan One Path tetapi feat dengan Azwan Far East kerana saudara Nazrey Johani tidak dapat hadir pada malam tersebut, lagu Hanya Kamu oleh Fitri Haris pun hebat juga bila beliau sampaikan dengan begitu baik sekali.

Setelah selesai kesemua persembahan oleh finalis, keputusan yang di tunggu2 telah pun di umumkan & di srlutkan juga untuk anugerah khas kepada penggiat nasyid yang telah banyak berjasa selama berpuluh tahun, ini keputusannya.


KEPUTUSAN ANUGERAH CARTA 114: 

Anugerah Khas - ITO Lara 
Persembahan Terbaik - Ustaz 3 Beradik (Si Bujur Sireh) 
Vokal Terbaik  - Inteam (Selimut Kasih)
Lagu Terbaik - Inteam (Selimut Kasih)  

Tahniah semuanya

Tahniah TV Al Hijrah kerana menyiarkan rancangan ini bagi musim pertama & insyaAllah Carta 114 bagi musim ke 2 akan tiba, sama2 kita nantikan.

Semoga industri nasyid terus maju ke hadapan dengan kehadiran karya2 terbaru, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Share:

0 komen:

Dengarkan

Nasyid Sekarang
Memuat Turun ...

Nasyid Tersiar

Loading ...

Visitor

Contact

For more information please e-mail nasyidfm.iradio(a)gmail.com

Pengikut