Pages

Ulasan Nasyid - Haruman Setangkai Doa Oleh Inteam


Tajuk: Haruman Setangkai Doa
Artis: Inteam
Tahun: 2024
Lagu: Frizdan Fizarahman
Lirik: ITO Lara

Info: 

Pada 15 November 2023 kita semua di kejutkan dengan berita duka pemergian seorang artis nasyid yang juga pernah menganggotai kumpulan Inteam suatu ketika dulu & kemudian bergerak secara solo iaitu Allahyarham Suhaimi Saad, sama2 kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat serta di tempatkan di kalangan orang yang beriman, amin ya Allah. Al-Fatihah 

Ulasan: 

Lagu ini tribute untuk Allahyarham Suhaimi Saad yang di nyanyikan oleh kumpulan Inteam, bila dengar lagu ini sangat meruntun jiwa & tatkala sedih semuanya ada bila terkenang kembali segala kenangan mereka bersamanya. Liriknya pula sangat mendalam & dapat di hayati dengan sebaiknya, muziknya pun sangat mendayu.

Dari segi vokal semua mantap dengan nada sayu, sesuai dengan lagu ini bila di bawa. Manakala videonya pula bila di tonton akan bertambah lagi rasa sebak.

Lagu ini juga boleh tujukan kepada insan2 tersayang yang telah meninggalkan kita terlebih dahulu. Secara keseluruhannya memang tak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel YouTube

https://youtu.be/bB2N1BN-Aq8?si=tkzlgt--tBwd434c
Share:

0 komen:

Dengarkan

Nasyid Sekarang
Memuat Turun ...

Nasyid Tersiar

Loading ...

Visitor

Contact

For more information please e-mail nasyidfm.iradio(a)gmail.com

Pengikut