Pages

Ulasan Nasyid - Album Aku Zikirkan NamaMu Oleh kumpulan Far East


Tajuk: Aku Zikirkan NamaMu 
Artis: Far East 
Tahun: 2014

Cover Album: 

Bila di lihat gambar dari depan, tengah sampai ke belakang kulit album sangat menarik kerana ia berkonsepkan pemandangan yang sangat indah, cantik serta tenang bila melihatnya. Ia juga di sertakan dengan gambar ahli2 kumpulan Far East & kanak2 yang sangat comel bersamanya. Tiada ucapan penghargaan tetapi ia di selitkan dengan kata2 hikmah untuk kita semua. Susunan lirik lagu ada bersama di dalamnya. Dalam album ini juga di selang selikan dengan tazkirah yang di sampaikan oleh Ustaz Don Daniyal & Ustaz Mohd Rodzie.

Ulasan Lagu: 

Allah
Lagu/Lirik: Azwan Ibrahim

Sebuah alinan zikir berlagu yang sangat merdu bila di sampaikan kepada pendengar, dasri segi penyampaian memang terbaik. 

Asma Allah
Lagu/Lirik: Azwan Ibrahim

Biasanya kita selalu nyanyikan lagu Asma Ul Husna & melodinya sama sahaja dari dulu sampai sekarang. Namun dalam album ini melodi untuk Asma Allah ada kelainan dari sebelumnya serta sangat unik bila mendengarnya. Dari segi penyampaian sangat mantap. 

Ya Latif 
Lagu: Fadzil Far East
Lirik: ITO Lara

Alunan zikir ini pun terbaik juga, melodinya lain dari yang lain, permulaan lirik dalam bahasa melayu kemudian baru seterusnya zikir ya Latif di alunkan sampai habis. Dari segi penyampaian sangat mantap & best. 

Sollallahu 'Alannabi 
Lagu/Lirik: Azwan Ibrahim

Alunan selawat yang sering kita di tujukan kepada nabi Muhammad SAW, melodinya juga ada kelainan di situ. Dari segi penyampaian sangat terbaik.

Dia Untuk Ibu
Lagu/Lirik: Ustaz Mohd Rodzie

Bila mendengar sebuah doa dalam lagu ini sangat tersentuh hati & perasaan, itulah ungkapan yang tak tahu untuk di gambarkan. Dari segi penyampaian sangat mantap bila di sampaikan dengan penuh penghayatan.

Ya Ilahi Rabbi 
Lagu/Lirik: Copyright Control

Sebuah lagu lama yang pernah di nyanyikan oleh Allahyarhamah Datin Rafeah Buang, lirik & lagunya juga hasil ciptaannya juga, akhirnya kumpulan Far East berjaya menyanyikan semula dalam versi baru. Lagu ini sangat terbaik bila mendengarnya, dari segi penyampaian oleh kumpulan Far East sangat mantap & dapat di hayati dengan sebaiknya.

Laukana Bainana 
Lagu/Lirik: Copyright Control

Sebuah lagu arab yang pernah di popularkan oleh Abdul Rahman Mohamed, kemudian untuk versi ini kumpulan Far East berkolaborasi dengan Raqib Majid. Dari segi penyampaian sangat mantap.

Ya Tawwab
Lagu: Copyright Control
Lirik: Azwan Ibrahim

Alunan yang di sampaikan dalam lagu ini sangatlah mantap, kita pun boleh ikuti bersama dalam mengalunkannya kerana ia berentak tradisional lagu asli. 

Alhamdulillah
Lagu/Lirik: Yuwaji 

Sebuah lagu yang di alunkan dalam bahasa Tamil, ini betul2 unik mereka sampaikan & ada kelebihan di situ, sayangnya tiada di selitkan makna sekali untuk di fahami maksudnya dalam bahagian lirik. Dari segi penyampaian sangat mantap, muziknya pun memang sesuai dengan lagunya. 

Syahadah
Lagu: Fadzli Far East
Lirik: ITO Lara

Lirik lagu ini berkenaan dengan kalimah syahadah yang kita sering alunkan dari lahir sehingga kita di panggil bertemu dengan maha pencipta, dari segi penyampaian sangat mantap bila di hayati dengan sebaiknya. 

Doa Untuk Ayah 
Lagu/Lirik: Ustaz Mohd Rodzie 

Alunan doa dalam lagu ini juga sangat tersentuh bila mendengarnya, sungguh tak dapat di gambarkan dengan kata-kata & menyentuh hati serta perasaan. Dari segi penyampaian sangat mantap bila dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Istighfar: 
Lagu/Lirik: Copyright Control

Alunan zikir ini kebiasaannya kita seringkali nyanyikan tak kira di mana jua. Namun untuk versi dari kumpulan Far East pula bila kita dengar memang terbaik dari segi penyampaian. 

Rahsia Allah
Lagu/Lirik: Copyright Control

Lirik lagu ini kisahnya tentang 3 perkara yang sememangnya kita sendiri tidak mengetahuinya iaitu, jodoh, rezeki & mati, semuanya di tentukan oleh Allah SWT buat hambaNya didunia ini. Dari segi penyampaian sangat mantap bila di hayati dengan sebaiknya. 

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman album ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Share:

0 komen:

Dengarkan

Nasyid Sekarang
Memuat Turun ...

Nasyid Tersiar

Loading ...

Visitor

Contact

For more information please e-mail nasyidfm.iradio(a)gmail.com

Pengikut