Pages

Ulasan Nasyid - Album Katakan Oleh Nowseeheart


Tajuk: Katakan
Artis: Nowseeheart
Tahun: 2014

Cover Album: 

Cover album ini boleh di katakan sangat meriah kerana warnanya yang ceria & sama pula dengan pakaian mereka dalam album ini. Setiap ruang ada gamba2 mereka. Ucapan penghargaan, susulan lirik serta ucapan dari setiap ahli ada bersama di dalmnya. 

Ulasan: 

Katakan
Lagu/Lirik: Azahari Abdul Rahman

Lagu ini berkenaan apa yang ingin di sampaikan, "katakan" bermaksud kita sentiasalah menyebut namaNya selalu melalui zikir setiap masa & mengingatinya selalu. Dari segi lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya, dari segi penyampaian sangat mantap.

Fatwa Hati
Lagu: Azahari Abdul Rahman
Lirik: Idzhar Jumali

Lagu ini sangat unik kerana mereka bergandingan dengan artis yang berlainan genre iaitu dengan Jay Jay,. Lagu & lirik pun sangat best serta dapat di hayati dengan sebaiknya, dari segi penyampaian sangat mantap.

Sudahlah: 
Lagu/Lirik: Azahari Abdul Rahman

Sebuah lagu yang mengingatkan kita agar sentiasa melawan syaitan laknatullah dalam diri supaya kita tikdak terikut dengan kejahatan. Dari segi penyampaian sangat terbaik, lirik lagu pula sangat menarik & dapat di hayati dengan sebaiknya.

Selawat Untukmu
Lagu/Lirik: Azahari Abdul Rahman

Sebuah lagu yang berentak selawat ke atas baginda Nabi Muhammad SAW, sentiasalah kita alunkan tak kira di mana jua, di selitkan juga dengan lirik dalam bahasa melayu di situ. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya.

Aku Sayang Kamu
Lagu/Lirik: Azahari Abdul Rahman

Sebuah lagu yang mengajak kita agar sentiasa pesan berpesan kepada ahli keluarga agar sentiasa mengikuti perintahNya & menjauhi segala larangannya. Lagu & lirik sangat menarik serta dapat di hayati dengan sebaiknya, dari segi penyampaian sangat mantap. 

Saksi
Lagu/Lirik: Azahari Abdul Rahman

Lagu ini berkenaan dengan kalimah syahadah yang seringkali kita alunkan sebagai seorang hambaNya di muka bumi ini sehingga kita di panggil bertemu dengan maha pencipta. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Damai Di Sana
Lagu: Azahari Abdul Rahman
Lirik: ITO Lara

Sebuah lagu yang sangat sedih bila mendengarnya & ia di tujukan khas untuk Allahyarham Ahmad Firdaus Baharuddin @Bob. Lagu & lirik memang menyentuh hati serta perasaan, dari segi penyampaian sangat mantap & boleh tahu betapa sedihnya bila terasa kehilangan seorang sahabat.

Damai Yang Hilang 2014
Lagu: Mujahid Abdul Wahab
Lirik: ITO Lara

Sebuah lagu lama yang pastinya ramai tahu & hafal setiap liriknya, ia berkenaan dengan kedamaian yang di cari di atas muka bumi ini, bukannya peperangan atau huru hara. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu & lirik apatah lagi sangat terbaik bila dapat di hayati dengan sebaiknya, ada kelainan yang mereka bawakan dari yang asal. 

Fatwa Hati (Akustik) 

Lagu ini juga ada dalam versi akustik di track yang terakhir. 

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman album ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.
Share:

0 komen:

Dengarkan

Nasyid Sekarang
Memuat Turun ...

Nasyid Tersiar

Loading ...

Visitor

Contact

For more information please e-mail nasyidfm.iradio(a)gmail.com

Pengikut