Pages

Ulasan Nasyid - Album Pasrah Oleh Cahaya Hati


Tajuk: Pasrah
Artis: Cahaya Hati
Tahun: 2018

Cover Album: 

Cover album ini agak simple tetapi meriah dengan gambar2 ahli kumpulan, di setiap bahagian lirik gambar mereka di kelabukan dengan warna yang agak cerah untuk meletakkan kesemua lirik lagu dalam album ini. Susunan lirik agak rapi, di sebalik tabir & ucapan penghargaan ada bersama. 

Ulasan: 

Hijrah
Lagu/Lirik: Cahaya Hati 

Lagu ini berkenaan dengan hijrah Rasulullah yang mula melangkah dari Mekah ke Madinah, dalam lagu ini mengajak kita untuk mencontohi baginda berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, di selitkan selawat ke atas baginda. Dari segi penyampaian sangat terbaik, lirik & lagi dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Tolaal
Lagu/Lirik: Copyright Control

Alunan selawat ini sememangnya kita semua hafal & mengalunkan tak kira di mana jua. Dari segi penyampaian oleh mereka memang terbaik. 

Penghulu Ummah 
Lagu/Lirik: Cahaya Hati

Lagu ini juga berkenaan dengan baginda Nabi Muhammad SAW yang mana beliau merupakan penghulu Ummah, segala jasanya perlulah kita kenang sampai bila-bila. Dari segi penyampaian sangat mantap, lirik & lagu dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Sifatullah
Lagu/Lirik: Copyright Control

Alunan sifat 20 ini juga sememangnya kita sering alunkan, sifat2 Allah yang wajib kita ketahuinya. Dari segi penyampaian dari mereka sangat terbaik. 

Taubat
Lagu/Lirik: Shah Aidil 

Lagu ini sangat best bila di dengar kerana ia berkenaan dengan seorang hamba yang hilang arah tuju & tak tahu mahu ke mana, akhirnya dia segera memohon kepada yang Maha Esa di atas segala dosa2nya yang lalu. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Pasrah
Lagu/Lirik: Cahaya Hati

Lagu ini berkenaan dengan insan yang di uji dengan berbagai dugaan yang datang, namun di sebalik ujian perlu sabar, sabar, redha & pasrah di atas ketentuan olehNya. Dari segi penyampaian sangat mantap, lirik & lagu dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Doa Khatam Al-Quran
Lagu/Lirik: Copyright Control

Lagu ini juga selalunya kita semua hafal ketika selesai membaca Al-Quran beserta dengan maknanya sekali. Untk versi kumpulan Cahaya Hati ini dari segi penyampaian sangat terbaik.

Insaf
Lagu/Lirik: Cahaya Hati

Lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang jauh dari Tuhan Yang Esa & seringkali terlupa jalan untuk pulang. Sampai satu masa beliau hilang arah, lalu segera insaf di atas segala perbuatannya yang lalu. Dari segi penyampaian sangat mantap, lirik & lagu ini dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman album ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah. 
Share:

1 komen:

Mimi said...

Salam.
Tenang is menang.

Dengarkan

Nasyid Sekarang
Memuat Turun ...

Nasyid Tersiar

Loading ...

Visitor

Contact

For more information please e-mail nasyidfm.iradio(a)gmail.com

Pengikut